HARI INI, di kalangan ibu bapa sedang mengalami pelbagai masalah untuk berkomunikasi dengan anak-anak. Ada-ada sahaja perselisihan dan pertengkaran yang berlaku dikalangan ibu bapa dan anak-anak. Suasana di rumah nampak tegang sekali, sudah hilangan kebahagiaan dan kasih sayang.
Bila berlakunya jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak ataupun dengan ahli keluarga yang lain, akan tercetuslah kepincangan di dalam keluarga.Bila keadaan ini tidak dapat dibendung, ia mudah pula merebak menjadi masalah keluarga, masyarakat dan seterusnya boleh mengancam keamanan negara.
Anak-anak yang sepatutnya menjadi penawar bertukar diri menjadi racun. Racun yang akan memusnahkan hidup mereka dan juga kita. Ibu bapa menderita apabila melihat anak-anak lari dari rumah, terlibat dengan dadah, gejala sosial, tidak dapat kawal akhlaknya dan lain-lain masalah yang akan timbul.
Masalah ini mungkin timbul kerana kurangnya pengetahuan kita dalam mendekati anak-anak ataupun kurangnya ilmu pengetahuan komunikasi kita untuk berhadapan dengan anak-anak.
Justeru itu, "PANDUAN BERKOMUNIKASI DENGAN ANAK-ANAK" lahir unutk membantu menangani permasalahan ini. Sebanyak sedikit ia dapat memberi panduan bagaimana menjadi ibu bapa yang berjaya di sudut komunikasi untuk mendekati anak-anak.
Bila anak-anak mudah didekati, kita akan mudah pula untuk membentuk mereka ke arah kecermelangan di dunia dan juga di akhirat. Itulah yang diharapkan kepeda anak-anak kerana merekalah sebagai pelapis ataupun pemimpin agama, bangsa dan negara di masa depan