Perjalanan Hakiki Jil. 9

image


Author : Supriadi Jaddari
Pages : 104, Paperback
Our Ref : PJ-1188
ISBN : 077-565-8

No votes yet
Perjalanan Hakiki Jil. 9

Synopsis :

Perjalanan Hakiki Setiap Insan Jilid 9 - Petunjuk Ke Jalan Lurus

Islam mempunyai pedoman yang jelas dan tugas serta sistem yang mudah untuk memperolehi kebenaran serta melaksanakan amal kebajikan yang memberi jaminan akan mengangkat martabat manusia ke tingkat yang sempurna dan mulia. Akan tetapi manusia itu kadangkala, bahkan seringkali tersasar dari jalan yang telah digariskan kerana kebodohan, pengaruh lingkungan, tekanan hawa nafsu dan godaan iblis dan syaitan.

Penyelewengan dari jalan yang lurus dan penyimpangan dari pedoman yang digariskan membawa manusia ke tingkat yang rendah di mana ia tidak berdaya melaksanakan tugas yang mulia dan tujuan hidupnya yang ideal, sehingga berlakunya perbuatan dosa oleh mereka bermula dari dosa kecil sehingga dosa besar dan juga dosa syirik kepada Allah S.W.T. Semulia-mulia mereka adalah mereka yang ingin bertaubat, iaitu kembali ke pangkal jalan, kerana mereka yakin mereka akan menemui Tuhan mereka (Allah S.W.T)

Sebab itu kehidupan yang kita lalui perlu ada benteng yang mengawasi diri daripada gejala yang merosakkan iaitu dengan mengingati Allah S.W.T di dalam segala waktu dan tempat.

Price: RM 6.90

Related Books on Same Category

image
Bimbingan Dakwah Di Jalan Allah
PJ Ref : PJ-2144
RM 45.00
PJ-1732L.jpg
Khutbah-Khutbah Nabi S.A.W
PJ Ref : PJ-1732
RM 9.90
PJ-1392.jpg
Minhaj Al-'Abidin
PJ Ref : JC-1392
RM 55.00
PJ-0085.jpg
Pedoman Mandi Hadas
PJ Ref : PJ-0085
RM 3.00