Hafiz Firdaus Abdullah
47 Persoalan Qadar & Qadha
Apabila anda membaca tulisan ini di kulit belakang buku, adakah anda
yang memilih untuk membaca atau Allah yang taqdirkan anda untuk membaca?
Apabila anda membuat keputusan untuk terus mengkaji kandunagn buku
ini,adakah anda yang memilih untuk mengkaji atau Allah yang taqdirkan anda untuk mengkaji?
Demikian dua dari sekian banyak persoalan berkenaan Qadar dan Qadha yang mesti kita ketahui jawapannnya.Dikatakan "mesti" kerana ia merupakan salah satu dari Rukun Iman dan syarat kepada kesempurnaan
tauhid serta aqidah kita. Buku ini mengupas 47 persoalan yang lazim
ditanya dan mesti diketahui jawapannya berkenaan Qadar dan Qadha. Ia patut menjadi sumber rujukan dan kajian kita bersama.
Cahaya Rohani Buku 2
Buku ini merupakan siri kedua yang menghimpunkan artikel, doa dan soal-jawab
agama yang ditulis oleh Hafiz Firdaus Abdullah untuk kolum bulanan Cahaya
Rohani dalam majalah Dara.com. Ia dapat dijadikan bahan bacaan yang bermanfaat
untuk seisi keluarga, sesama kumpulan halaqah atau terhadap diri sendiri.
Catatan Dari 40,000 Kaki Buku 1
Buku ini menghimpunkan 24 artikel yang ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus
untuk kolum bulanan Catatan DAri 40,000 Kaki bagi Majalah i terbitan Kumpulan
Karangkraf.
Ia mengupas pelbagai tajuk, dari isu semasa kepada pemikiran kritis,dari
amalan agama kepada aqidah sahih, dari pengalaman peribadi kepada kebiasaan
masyarakat dan dari kelaziman kepada pembaharuan.Dipersilakan mengkaji dan
menganalisanya. Kami yakin anda tidak akan bersetuju dengan kebanyakan artikel
yang terkandung di dalam buku ini.
Catatan-catatan Ilmiah Ke Atas Buku Makna Sebenar Bid'ah
Beberapa tahun yang lalu, diusahakan penterjemahan dan penerbitan
sebuah buku yang berjudul Makna sebenar Bid'ah : Satu Penjelasan Rapi.
Buku ini ditulis oleg seorang tokoh dari Timur Tengah lalu kemudian diberi kata aluan dan pengiktirafan oleg beberapa tokoh agama tempatan.
Akan tetapi apabila disemak secara teliti, ditemu banyak kesalahan
dan kekeliruan di dalamnya. Maka buku yang di tangan anda ini memberi
beberapa catatan ke atas kesalahan dan kekeliruan tersebut. Semua ini
diusahakan agar umat Islam tetap dapat berpegang kepada sunnah benar dan
menolak bid'ah secara benar.
36 Kritikan Ke Atas Buku Amalan Sunnah Selepas Solat Dan Kelebihannya
Kadangkala sebuah buku itu kelihatan ilmiah, dipenuhi dengan hujah dan
dalil. Kemudian ia dihiasi dengan kata-kata aluan para agamawan yang terkenal di tanah air. Namun apakah semua itu menjanjikan buku tersebut
menyampaikan ilmu yang benar?Tidak semestinya.
Salah sebuah buku yang dimaksudkan ialah "Amalan Sunnah Selepas Solat dan Kelebihannya". Penelitian, kajian dan analisa mendapati ia mengandungi banyak kesalahan, sebahagiannya kelihatan seolah-olah disengajakan.
buku di tangan anda sekarang ini membuktikan apa yang disebut di atas.
Jangan sekadar mempercayai kata-kata di belakang buku ini, sebaliknya
semaklah 36 kritikan yang terkandung di dalamny.Nescaya anda akan temui
kritikan yang memeranjatkan.
Islam , Jantina & Seks
Mutakhir ini timbul pelbagai fenomena seka yang aneh, musykil dan membimbangkan.
Tidak ketinggalan fenomena perubahan jantina, sama ada secara ajukan atau
pembedahan. Kenapakah semua ini berlaku da apakah pandangan Islam tentangnya?
Lebih penting, bagaimana cara menyelesaikannya?
Buku Islam, Jantina dan Seka mengupas fenomena di atas serta beberapa isu lain
yang penting di kalangan umat Islam masa kini.
Ia merupakan himpunan artikel yang ditulis oleh Hafiz Firdaus Abdullah yang
sebelum ini pernah disiarkan dalam majalah-majalah tempatan atau menjadi nota
kuliah dalam kelas-kelas pengajian beliau
Hukum Dan Adab Berjemaah Dalam Islam
Isu keperluan berjamaah, fenomena berbilang jamaah, individu yang enggan
menyertai jamaah dan sebagainya merupakan persoalan yang kerap kali dibincang,
khususnya di kalangan para pelajar institusi pengajian tinggi.
Maka buku ini menghimpun beberapa artikel yang rapat berkaitan dengan persoalan
di atas, dengan harapan ia dapat membantu memberi pencerahan dan pembukaan
kepada mereka yang tercari-cari jawapannya.
Tidak ketingaalan ia juga ditujukan kepada mereka yang sudah selesa dengan
satu pendapat tetapi ingin menganalisa sesuatu yang baru.
Hafiz Firdaus Abdullah, penulis yang sedia dikenali sering membuat rombakan
paradigm kepada apa yang asalnya sudah dianggap selesa kepada sesuatu lain yang
lebih menyelesakan
Marilah Berkenalan Dengan Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jamaah
Marilah Berkenalan Dengan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah (H/C)
Kita lazim mendengar tentang Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah tetapi tidak ramai di antara kita yang mengetahui apa dan bagaimana ciri-ciri ynag dimaksudkan sebagai Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Buku ini menerangkan ciri-ciri tersebut secara ilmiah, terperinci dan mudah, lengkap dengan dalil dan hujahnya.
Termasuk yang diterangkan adalah ciri-ciri Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah berkenaan politik dan kepimpinan. Setelah menulis lebih daripada 25 buah buku, ini adalah buku pertama Hafiz Firdaus Abdullah yang menyentuh subjek politik dan kepimpinan. Lebih menarik, sentuhan beliau terhadap subjek ini dari sudut pandang Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah amat berbeza dari apa yang lazim kita ketahui.
Tidak percaya?Cubalah anda mengkaji buku ini. Nescaya anda akan setuju dengan apa yang kami maksudkan!
Membongkar Aliran Islam Liberal
Islam Liberal. Demikian sebuah aliran baru yang menyerang Islam dan umatnya di Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu. Hujah-hujah mereka kelihatan kemas dan logik sehingga mudah menarik keyakinan orang ramai.
Bagaimanakah kedudukan aliran Islam Liberal apabila diukur dengan piawaian Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah? Buku ini memuatkan risalah-risalah yang ditulis oleh Hafiz Firdaus Abdullah sejak tahun 2004 untuk membongkar dan menjawab aliran Islam Liberal. Ia menerangkan maksud Islam Liberal,asal usul kelahiran mereka dan ciri-ciri mereka. Ia juga menganalisa dan menjawab beberapa dasar aliran ini secara ilmiah dan tepat.
BOOKS SEARCH








