Ibadah Seharian
Marialh Berzikir Selepas Solat Fardhu Bersama Rasulullah saw
Salah satu amalan harian kaum muslimin ialah berzikir selepas mengerjakan solat-soalt fardhu. Walau bagaimanapun. ramai dalam kalangan umat Islam didapati telah mengamalkan ziir-zikir yang jauh menyimpang daripada kaedah yang telah ditunjukkan oleh al-Qur'an dan al-Sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang sahih.
Buku yang diberi judul Marilah Berzikir Selepas Solat Fardhu Bersama
Rasulullah karya Mohd Hairi Nonchi ini telah hadir bagi meluruskan semula penyimpangan-penyimpangan yang dimaksudkan.
Mudah-mudahan dengan pendedahan ini sedikit sebanyak akan dapat membantu kita sekalian ke arah melaksanakan amalan berzikir selepas
solat-solat fardhu selaras dengan kehendak Allah subhanahu wa Ta'ala dan Rasul-Nya sebagiamana yang termaktub di dalam al-Qur'an al-Karim
dan al-sunnah Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam.
Doa Senjata Mukmin (sm)
Dalam sebuah hadis disebutkan: Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Barang siapa tidak memohon (berdoa) kepada Allah, maka Allah akan murka kepadanya.Pentingnya berdoa dan berzikir, bukan perkara yang baru. Terlebih lagi pada zaman teknologi yang serba canggih dan moden, manusia sekalipun dengan segala mindanya dan dengan kecanggihan teknologi, ternyata belum mampu memberikan jaminan kebahagiaan dalam hidupnya.
Buku ini merupakan kumpulan doa dan zikir yang bersumberkan daripada Al-Quran dan Sunnah Rasul s.a.w., yang telah banyak diamalkan oleh ulama-ulama soleh terdahulu mahupun sekarang. Sehingga doa-doa yang terkandung di dalamnya sangat sesuai diguna pakai oleh umat Islam bagi menerajui kejayaan dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Bursa Saham Untuk Pelaburan Hari Akhirat
Huzaifa Bin Yaman r.a berkata:
"Islam mempunyai lapan saham;
saham pertama:solat,
saham kedua:zakat,
saham ketiga:puasa,
saham keempat:haji,
saham kelima:umrah,
saham keenam:jihad,
saham ketujuh:amar ma'ruf,
saham kelapan:nahi mungkar,
maka sesiapa yang gagal (menunaikannya) maka tiada baginya saham."
Rahsia Kekuatan Selawat
Imam al-Ghazali dalam kitabnya "Ihya Ulumuddin" berkata: "Sesungguhnya berlipat
gandanya pahala selawat atas Nabi s.a.w. itu bukan kerana selawat mangandungi
satu kebaikan, akan tetapi mengandungi banyak kebaikan."
Nabi s.a.w bersabda: Jibrail menemuiku dan berkata: "Barangsiapa yang membaca
selawat kepadaku 10 kali akan dinilai dengan kebaikan dan dihapus 10
keburukannya." (HR Suyuti)
Dalam hadith lain disebutkan:"Orang yang paling kedekut adalah ketika disebut
namaku, tetapi tidak mahu menjawab dengan mengucap selawat bagiku."
(HR Ahmad, Ibnu Hiban)
Sesungguhnya setiap selawat yang dibaca kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w
oleh umatnya tidak lain adalah akan memberi manfaat kepada pembacanya.
Dengan kekuatan selawat semoga kita mendapat syafaat di hari kiamat.
Ensiklopedia Zikir Dan Doa
Kadang-kala seseorang insan rela ke sana sini memohon bantuan bagi sesuatu
pekerjaan dan urusannya dari makhluk sehingga terlupa untuk memohon bantuan
dan bertawakkal kepada Allah. Bersusah payah insan berjumpa orang lain demi
mengadu rasa hati dan derita sehingga dia lupa untuk mengadu kepada Allah yang
sentiasa mendengar rintihan hamba dengan penuh rahmat.
Ini semua kerana insan merasakan Allah itu jauh darinya dan dia lupakan firman
Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud: Dan apabila hamba-hambaKu,
bertanya engkau (Wahai Muhammad) tentangku. (maka jawablah) sesungguhnya aku
ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdoa kepadaKu apabila dia berdoa.
BOOKS SEARCH








