Kesihatan

Amalan-Amalan Penyembuhan Dan Rawatan Dari Surah-Surah Al Quran

RM 12.90
Your rating: None Average: 3.4 (5 votes)

Rawatan Dalam Islam

RM 13.90

Keperluan mengambil rawatan dalam Islam menjadi perbahasan hebat di kalangan ulama’ Islam. Antaranya ada yang menghukumkannya sebagai sunat sahaja dan tidak kurang juga dari kalangan mereka yang menghukumkannya sebagai wajib apabila ditemui ubat-ubatan yang boleh menyembuhkan penyakit. Bagi yang melihat hukum mengambil rawatan sebagai sunat sahaja, telah mengharuskan kepada orang ramai mengambil rawatan apabila ditimpa sesuatu penyakit dan mengharuskan juga kepada mereka meninggalkannya, sebaliknya bersabar sahaja menghadapi penyakit tersebut.

Kalau dilihat kepada keadaan yang berlaku di zaman kita ini, penyakit yang menimpa masyarakat di zaman ini semakin canggih, manakala namanya pula semakin pelik. Berbagai-bagai penemuan penyakit baru telah ditemui olek pakar-pakar perubatan yang tidak pernah ditemui sebelumnya. Melihat keadaan ini tidak salah kalau kita mengatakan hukum mengambil rawatan bagi merawat tubuh badan dari serangan penyakit-penyakit yang sangat merbahaya ini adalah wajib. Walau bagaimanapun untuk mendapat penjelasan lanjut tentang kedudukan kepentingan dan hukum mengambil rawatan ini pembaca boleh ikuti perbahasan yang terdapat di dalam buku ini.

Your rating: None Average: 4 (2 votes)

Petua Untuk Rawatan Tradisional

RM 6.90

Petua Untuk Rawatan Tradisional

Buku kecil ini memaparkan kepada pembaca tentang kelebihan dan keistimewaan yang terdapat di sebalik khazanah alam ini.Betapa banyaknya faedah dan manfaat yang dapat diambil oleh manusia daripada khazanah yang memenuhi bumi ini.Setiap penyakit memerlukan perubatan berdasarkan jenis penyakit dan situasi pesakit.Kami telah mengumpulkan beberapa jenis khazanah di alam ini bagi memudahkan pembaca merujuknya ketika mengalami penyakit-penyakit tertentu.

Your rating: None Average: 1 (1 vote)

Siri Kesihatan: Khasiat Makanan

RM 5.00

Buku ini mengandungi maklumat-maklumat kesihatan yang berhubung kait dengan makanan dan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang.Siri kesihatan ini ditulis dengan bahasa yang mudah sesuai untuk murid-murid sekolah rendah.
Semoga dengan ini dapat menambahkan pengetahuan murid-murid
yang berkaitan dengan pemakanan harian mereka.
"MASYA RAKAT SIHAT NEGARA GIAT".

Your rating: None Average: 4 (2 votes)

Madu Lebah (sm)

RM 2.50

Lebah Makhluk Allah Yang Istimewa
Keistimewaan lebah ini telah diabadikan oleh Allah s.w.t di dalam kitabNya, Al-Quran.Pengabadian ini dilakukan dengan diturunkan satu surah yang mengandungi 128 ayat yang diturunkan di Mekah, oleh itu ianya dinamakan surah Makkiyyah. Surah tersebut dinamakan "An-Nahl" (lebah) lantaran di dalam surah ini terdapat firman Allah s.w.t ayat ke- 68 yang bermaksud:

"Dan Tuhanku Mewahyukan Kepada Lebah"
Lebah adalah makhluk Allah s.w.t yang mempunyai benyak manfaat dan kenikmatan kepada kehidupan manusia.Terdapat persamaan antara madu yang dihasilkan oleh lebah dengan kitab Al-Quran yang telah diturukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Madu terhasil dari sari berbagai-bagai bunga dan menjadi ubat (penyembuh) bagi berbagai-bagai jenis penyakit.

Buku ini menampilkan keistimewaan madu lebah asli khususnya dalam kaedah perubatan tradisional.Para pembaca boleh mencuba dan mengamalkan sendiri.Maha besar Allah Yang Mencipta makhluk yang amat menakjubkan."
"Kepada Allah Berserah"

Your rating: None Average: 5 (1 vote)

Aneka Petua

RM 8.90

Sebenarnya, bukan semua gejala sakit ringan memerlukan ubat untuk menyembuhkannya. Selain itu doktor juga tidak tahu dengan pasti penyakit pesakit pada awalnya. Doktor hanya manusia biasa, kadang-kadang agakannya tentang suatu pesakit betul dan kerap juga salah.Memang benar, sehebat mana pun ubat itu tetap merupakan bahan yang merbahaya bagi tubuh manusia. Begitulah menurut seorang ahli farmasi. Kajian menunjukkan bahawa tidak ada ubat yang benar-benar selamat. walaupun yang digunakan sehari-hari dan kelihatan tidak merbahaya.

Allah SWT telah menyempurnakan agama ini dan telah menyempurkankan kurniaNya pada manusia untuk bekal kebahagiaan dan kebaikan hidup di dunia dan akhirat,sehingga semuanya telah Allah SWT berikan tidak ada yang tertinggal dan tidak ada yang terlupa. Termasuk di dalamnya bagaimana manusia berubat ketika ditimpa sakit dan jalan pengubatannya. Di samping itu, dengan mencuba pelbagai petua-petua yang dihasilkan oleh orang tua-tua kita yang tidak bertentangan dengan agama ini dan selamat digunakan.

No votes yet

Petua Kesihatan

RM 11.90

Petua Kesihatan Kesihatan sangat penting bagi kita, malah lebih penting dari harta, pangkat, kedudukan dan seumpamanya. Dan kesihatan pula bukanlah sekadar kesihatan fizikal sahaja tetapi kesihatan yang perlu dijaga bagi seorang manusia termasuk juga kesihatan mental dan jiwanya. Bila ketiga-tiga juzuk ini sihat, barulah seseorang itu dikatakan benar-benar sihat.

Allah swt telah memberitahu kita bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya. Tetapi, untuk mencari ubatnya, kita mestilah terlebih dahulu faham apa maksud Tuhan memberikan penyakit itu kepada kita. Apabila kita faham, barulah mudah untuk kita menghadapi dan merawatnya. Walaupun masih belum sihat, kita masih boleh tenang dan bahagia dalam hidup sambil mencari penawarnya. Bukankah ini lebih baik daripada seorang yang sihat tetapi tidak tenang dan hidupnya tidak bahagia?

No votes yet

Penyakit Jiwa! Bagaimana Mengubatinya?

RM 4.90

Siri Penyucian Jiwa-Penyakit Jiwa!Bagaimana Mengubatinya? Sakit Jiwa!Manusia sering dihantui dengan penyakit ini. Timbulnya krisis di mana-mana sahaja adalah berpunca dari penyakit ini.

Andainya semua anggota kita sakit, itu belum lagi di tahap yang berbahaya, ia belum lagi mendorong manusia membunuh diri atau membunuh manusia lain.Tetapi kalau jiwa yang sakit, kesannya boleh memusnahkan diri sendiri dan ramai lagi manusia lain.

Bagaimana kita dapat mengenal dan kemudian membebaskan diri daripada belenggu penyakit ini?Buku ini memberi panduan berguna untuk anda.

Your rating: None Average: 5 (1 vote)

Penyakit Rohani Dan Penyembuhannya

RM 55.00

Penyakit Rohani Dan Penyembuhannya Kitab Ibnu Qayyim yang ada di hadapan kita ini sangat bagus kaedah penyusunannya dan sangat sistematik dalam cara berfikirnya serta metodologik dalam cara mengambil kesimpulan.Kitab yang agak tebal berkisar ke atas jawapan permasalahan terhadap masalag penyakit yang sering dideritai oleh manusia yang hidup di dunia.Kemudian di dalam kitab ini,Ibnu Qayyim memberi terapi agar orang yang dijangkiti penyakit tersebut boleh sembuh sehingga selamat sama ada di dunia mahupun di akhirat.

No votes yet

Merawat Gangguan Sihir Makhluk-makhluk Halus

RM 6.90

Merawat Gangguan Sihir Makhluk-makhluk Halus Jika anda diganggu oleh jin atau anda ditimpa oleh serangan-serangan sihir, anda janganlah pergi kepada bomoh, dukun , pawang dan sesiapa sahaja yang menggunakan amalan sihir dan amalan syirik untuk mengubati penyakit. Sesungguhnya iman anda lebih berharga dari segala-galanya. Syarak ada menyatakan ubat-ubatan istimewa bagi menyembuhkan segala penyakit yang disebabkan oleh syaitan.Berubatlah menurut garis panduan yang telah diajar oleh Rasul seperti tertera di dalam buku ini atau anda berjumpalah dengan orang-orang yang saleh lagi bertaqwa yang mahir di dalam bidang perubatan rohani ini.Islam melarang umatnya mendatangi ahli-ahli syirik untuk berubat.

Your rating: None Average: 5 (1 vote)