Umum

Saka & Jin

RM 11.90

Istilah saka bukanlah asing kepada masyarakat Melayu Nusantara. Asal usul saka atau persakaan ini tidak diketahui dengan jelas. Ia seolah-olah istilah misteri yang absurd dan penuh ambiguity. Bagai puisi yang sekar hendak ditafsirkan dengan makna selapis. Begitu juga dengan saka yang berasal dari perkataan pusaka, bermakna sesuatu yang dijadikan pusaka oleh seseorang. Pusaka juga merupakan warisan daripada orang yang terdahulu yang memiliki sesuatu, baik sebidang tanah dan rumah sebagai harta tidak alih, harta alih dan apa sahaja yang boleh difaraidkan mengikut hukum agama. Rupa-rupanya saka yang dimaksudkan bukan itu, tetapi sejenis makhluk halus.

No votes yet

3 Hero Penerbangan Muslim

RM 8.90

Selama ini, apa yang kita ketahui bahawa kapal terbang telah dicipta buat pertama kalinya oleh orang Eropah.Namun ramai yang tidak mengetahui bahawa di dalam lipatan sejarah yang belum lagi dinyatakan ke muka khalayak secara umum. Dirakamkan bahawa manusia yang pertama sekali berusaha untuk terbang merupakan orang Islam.
Bilangan mereka itu bukan hanya seorang tetapi 3 orang.

No votes yet

Inilah Hakikat Islam

RM 54.00

Beberapa pendapat dan komen yang disampaikan orientalis telah menggugat naluri ke Islaman Professor Muhammad Ghallab untuk membuat pembetulan. Salah satu orientalis yang dijadikan bidikan pena Ghallab adalah Casanova penulis buku sejarah tentang kehidupan Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam.

Tentu masih banyak casanova-casanova lain yang lebih buruk dalam menyampaikan pendapatnya tentang Islam. Nabi dan Al-Quran. Dan itulah kewajipan kita untuk membentangi agama ini dari serangan musuh, baik yang muncul dari dalam (kelompok liberal) atau dari luar (kaum orintalis)

No votes yet

Kembara Sunnah

RM 49.00

Apabila seseorang berminat pada agama, dia mula membaca dan mengkaji sedikit demi sedikit. Dia kemudiannya mengetahui erti sunnah kepentingannya.Sunnah nabi... apabila dia mula memahami sunnah, sama ada capat atau lambat, pasti dia akan ketemui musuh kepada sunnah iaitu bidaah. Lantas segala yang menjadi isu sekian lama ini, akhirnya diketahui. Pandangan ilmuan yang berbeza diteliti. Kebingungan dan ketakutan mula menghantui.Mana satu yang benar di sisi Illahi?
Mana mungkin isu bidaah ini dipinggirkan kerana begitu banyak hadith sahih membicarakan.
Oh Ya.Disamping itu ada kisah-kisah lain yang perlu diberi perhatian. Isu-isu semasa yang mencabar sunnah. Isu-isu yang relevan dengan sunnah.
Kisah di dalam buku ini kisah pencarian kebenaran pada suatu aspek dalam kehidupan. Kecintaan kepada sunnah nabi adalah sisi hidup yang dibicarakan tapi terbatas pada isu-isu tertentu, sebagai permulaan. Ia adalah hasil rasa dab fikir seorang individual biasa. Sebahagian dari kita ingin keluar dari status awam pada agama, walaupun status ilmuan masih jauh di depan. Kecintaan kepada ilmu dan kefahaman menghalang diri dari tunduk kepada satu kehendak pandangan, sekalipun ia diwarisi turun temurun, zaman berzaman.

No votes yet

Kenali Al-Quran

RM 45.00

Buku kenali Al-Qur'an disusunkan dengan matlamat untuk menyampaikan maklumat awal berkaitan dengan Al-Qur'an kepada khalayak. Berkenalan dengan Al-Qur'an terutamanya perkara yang berkaitan dengan sejarah dan isu-isu yang berkaitan dengannya mampu menzahirkan kehebatan Al-Qur'an dalam menitis masa dan peribahan manusia yang berinteraksi dengannya. Semua isu yang dikemukakan merupakan perbincangan utama ulama yang terlibat dan banyak ditulis di dalam buku-buku berbahasa Arab. Penerbitan buku yang berkisar tentang Ulum Al-Qur'an dalam bahasa Melayu akan dapat menambah sumber rujukan kepada umat Islam yang dahagakan ilmu-ilmu yang dihasilkan oleh para mujtahid generasi awal.
Huraian setiap isu dalam buku ini dikemukan dengan ringkas dengan bersumberkan rujukan yang sahih. Pandangan dan perbahasan ulama yang mujtahid dalam bidang 'Ulum Al-Qur'an dan tafsir dianalisis dan dikemukakan menurut pendapat yang lebih rajah.

No votes yet

Dosa Dalam Pandangan Islam

RM 65.00

Dosa dalam pandangan islam

Dalam segala bentuknya dosa harus dihindari termasuk dosa-dosa yang bersifat lahiriah dan batiniah.”Jika kami menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, nescaya Kami hapus kesalahan-kesalahan (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga)” (Surah al-nisa :31)

Perbuatan dosa adalah merupakan sebab utama kesengsaraan manusia. Dan perbuatan dosa dilarang di dalam agama kerana menganungi bahaya bagi pelakunya, baik kesihatannya, akalnya atau pekerjaanya. Di samping bahaya yang menimpa pelakunya sendiri, perbuatan dosa juga membahayakan masyarakat yang mengakibatkan hilangnya nilai perpaduan dan menyebabkan keruntuhan serta masalah.

No votes yet

Al-Qur'an & Sains Moden

RM 70.00

Apa yang perlu dan sangat perlu untuk dikaji daripada buku ini adalah bahawa
Al-Qur'an merupakan ayat-ayat Allah yang tertulis di dalam kitab suci, mana kala sains merupakan ayat kauniyah yang wujud di alam kehidupan manusia, di mana kedua-duanya saling berjalan beriringan dan tidak bercanggah bahkan seluruh kejadian dan apa yang wujud di alam ini merupakan kebesaran Allah yang telah ditulis di dalam Al-Qur'an.

Buku ini merupakan satu di antara kajian yang mengupas tentang Al-Qur'an dan sains moden. Dengan mengkaji buku ini secara saksama, setiap lembaran demi lembaran pembaca akan dibawa meneroka jauh ke alam semesta untuk melihat dan menyaksikan keagungan, kehebatan Allah swt menerusi ayat-ayat Al-Qur'an yang diturunkan kepada Rasulullah saw sejak 14 abad yang lalu.

No votes yet

Biografi Ulama Pendidikan

RM 7.90

Sistem pendidikan yang ada pada hari ini kebanyakannya adalah dari barat. Menurut Maulana Abul Hasan Ali an-Nadwi, ulama dan pemikir India terkenal umat Islam perlu membebaskan dari sistem pendidikan sekular atau mengambil sistem pendidikan barat secara total. Menurutnya sistem pengajian barat merupakan suatu usaha mendalam untuk melenyap dan membasmi unsur-unsur keIslaman.
Buku ini menghimpunkan 5 biografi ulama pendidikan Islam. Sumbangan mereka dalam memberikan konsep pendidikan Islam haruslah diketahui oleh setiap pendidik dan pelajar dan dihargai.
Buku ini sedikit sebanyak juga boleh dijadikan sebagai panduan kepada para pendidik untuk menerapkan konsep pengajaran dan pembelajaran mereka kepada para pelajar dengan konsep pendidikan Islam yang sebenarnya.

Your rating: None Average: 5 (1 vote)

Permasalahan Umat Islam Hari ini

RM 15.90

Keadaan masyarakat Islam di negara kita hari ini berada pada tahap yang membimbangkan. Tidak lagi seperti dahulu di mana ajaran agama Islam yang meliputi akidah tauhid, fekah, adab dan akhlaknya diutamankan untuk kemantapan pembangunan insan bagi mengharungi kehidupan sehari-hari serta mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Kemajuan IT dan teknologi juga menyebabkan sebilangannya hanyut kerana terlalu banyak menghabiskan masa bersama dengan gadget-gadget modern serta ramai pula yang melekat berjam-jam di hadapan komputer melakukan perkara yang tidak mendatangkan faedah. Persekitaran kita manusia berlumba-lumba mengejar kemuliaan serta harta dunia yang tidak kekal ini sehingga sanggup melakukan perkara terkutuk.
Pegangan cara hidup. adab dan akhlak semuanya telah diajarkan oleh Rasulullah saw sejak 1400 tahun yang lalu. Hanya lagi ia telah lama ditinggalkan atau tidak diperingatkan kepada kita. Tujuan sebenar lahirnya buku ini adalah untuk berkongsi formula-formula serta pengalaman yang meliputi bimbingan, amalan, adab dan akhlak, menjadi muslim yang mukmin. Ia juga ditulis menerusi pemerhatian dan pengamatan penulis terhadap keadaan dan permasalahan masyarakat umat Islam hari ini.

Your rating: None Average: 5 (2 votes)

Bagaimana Seharusnya Umat Islam Berinteraksi Dengan Sya'ir , Nyanyian dan Muzik

RM 12.90

Untuk perincian, penjelasan, meluruskan dan meletakkan persoalan muzik ini secara adil, kita perlu melihat bentuk-bentuk penjelasan yang dikemukakan oleh al-Qur'an, as-Sunnah, dan tafsiran para ulama Ahlus Sunnah wal Jama'ah generasi awal Islam. Kita perlu melihat bagaimana para ulama awal Islam berinteraksi dengan muzik.

Your rating: None Average: 3 (4 votes)