Siapakah Pengikut Imam al-Syafie dan Mazhab Syafie Yang Sebenar?

image


Author : Mohd Hairi Bin Nonchi & Mohd Yaakub Bin Mohd Yunus
Pages : 402, Hardcover
Our Ref : PJ-2094
ISBN : 978-967-308-221-6

Your rating: None Average: 4.8 (24 votes)
Siapakah Pengikut Imam al-Syafie dan Mazhab Syafie Yang Sebenar?

Synopsis :

Salah satu isu yang hangat diperdebatkan dewasa ini ialah mengenai fenomena penularan fahaman Wahhabi dan ancamannya terhadap perkembangan aliran 'arus perdana' di negara ini (Malaysia). Salah seorang tokoh 'ulamak melayu' tanah air yang dilihat paling terkehadapan di dalam melontarkan pelbagai kritikan terhadap golongan yang sering dilabel dan dimasyhurkan sebagai Wahhabi ini ialah Muhammad Uthman El-Muhammadi di mana menerusi salah sebuah rencana beliau yang berjudul Usah Terpesona Tajdid Segera Wahabi (Berita Minggu, Ahad, 20 Disember 2009m ms, 30) beliau telah pun menulis bahawa:

1) Wahhabi ialah golongan yang mudah dalam mengeluarkan hukum kafir sesama Muslim.
2) Wahhabi ialah golongan yang berpegang kepada akidah al-Mujassimah iaitu suatu fahaman yang mengganggap Allah memiliki anggota berjasmani
sebagaimana makhluk-Nya.
3) Wahhabi menolak bid'ah yang baik(hasanah) dan mengganggap bid'ah
di sisi agama hanyalah satu sahaja iaitu bid'ah yang sesat.
4) Wahhabi melarang orang daripada mengikut mazhab fiqh kononnya seperti
menyembah ulamak.
5) Wahhabi memaksa orang awam untuk membuat keputusan sendiri daripada
al-Quran dan sunnah.
6) Wahhabi merupakan punca yang membawa kepada keruntuhan kerajaan Islam
Turki Uthmaniyyah.

Persoalan yang ingin ditimbulkan di sini adalah, sejauh manakah dakwaan-dakwaan yang dilontarkan oleh beliau ke atas para pendukung al-Sunnah sebagaimana di atas ini adalah suatu fakta yang benar? Apakah benar Ahl al-Sunnah yang selama ini sering dimasyhurkan dengan gelaran 'Wahhabi' boleh dianggap sebagai sesat dan telah terkeluar daripada pegangan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah? Buku yang berjudul Siapakah Pengikut Imam al-Syafie & Mazhab Syafie Yang Sebenar? ini akan membantu para pembaca sekalian untuk meneracai segala dakwaan di atas, apakah ianya suatu dakwaan yang benar atau sebaliknya.

Price: RM 59.00

Related Books on Same Category

image
Wasilah Yang Dibenarkan Mengikut...
PJ Ref : PJ-2370
RM 56.00
Menuju Ke Negeri Abadi Siri 1
PJ Ref : PJ-0916
RM 21.90
image
Hadiah Untuk Pengantin
PJ Ref : PJ-2448
RM 14.90
Hikmah Disebalik Wasiat Luqman Al-...
PJ Ref : PJ-0924
RM 12.90