featured
Sayyidah Aminah (Ibunda Rasulullah)
Kisah ini menceritakan secara ringkas namun padat relung-relung kehidupan
ibunda Rasulullah s.a.w. Sayyidah Aminah.
Dalam paparannya yang cukup menarik, pembaca akan dibawa menerawang jauh
seakan-akan berada dan ikut menyaksikan segala peristiwa yang tengah berlaku
pada masa itu. Perasaan takjub berbaur hiba dapat dirasakan menerusi kisah dan
cerita ini sehingga pembaca difahamkan siapakah gerangan wanita agung yang
melahirkan Nabi mulia, junjungan kita.
Dapatkan juga:
1)Kisah 13 Isteri Nabi Muhammad s.a.w. & hikmah perkahwinan
2)Biografi Ummul Mukminin Sayyidah Aisyah
3)Sayyidah Khadiyah (Wanita Teladan Sepanjang Zaman)
Rahsia Kekuatan Selawat
Imam al-Ghazali dalam kitabnya "Ihya Ulumuddin" berkata: "Sesungguhnya berlipat
gandanya pahala selawat atas Nabi s.a.w. itu bukan kerana selawat mangandungi
satu kebaikan, akan tetapi mengandungi banyak kebaikan."
Nabi s.a.w bersabda: Jibrail menemuiku dan berkata: "Barangsiapa yang membaca
selawat kepadaku 10 kali akan dinilai dengan kebaikan dan dihapus 10
keburukannya." (HR Suyuti)
Dalam hadith lain disebutkan:"Orang yang paling kedekut adalah ketika disebut
namaku, tetapi tidak mahu menjawab dengan mengucap selawat bagiku."
(HR Ahmad, Ibnu Hiban)
Sesungguhnya setiap selawat yang dibaca kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w
oleh umatnya tidak lain adalah akan memberi manfaat kepada pembacanya.
Dengan kekuatan selawat semoga kita mendapat syafaat di hari kiamat.
Ensiklopedia Zikir Dan Doa
Kadang-kala seseorang insan rela ke sana sini memohon bantuan bagi sesuatu
pekerjaan dan urusannya dari makhluk sehingga terlupa untuk memohon bantuan
dan bertawakkal kepada Allah. Bersusah payah insan berjumpa orang lain demi
mengadu rasa hati dan derita sehingga dia lupa untuk mengadu kepada Allah yang
sentiasa mendengar rintihan hamba dengan penuh rahmat.
Ini semua kerana insan merasakan Allah itu jauh darinya dan dia lupakan firman
Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud: Dan apabila hamba-hambaKu,
bertanya engkau (Wahai Muhammad) tentangku. (maka jawablah) sesungguhnya aku
ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdoa kepadaKu apabila dia berdoa.
Doa Senjata Mukmin
Dalam sebuah hadis disebutkan: Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Barang siapa tidak memohon (berdoa) kepada Allah, maka Allah akan murka kepadanya.Pentingnya berdoa dan berzikir, bukan perkara yang baru. Terlebih lagi pada zaman teknologi yang serba canggih dan moden, manusia sekalipun dengan segala mindanya dan dengan kecanggihan teknologi, ternyata belum mampu memberikan jaminan kebahagiaan dalam hidupnya.
Buku ini merupakan kumpulan doa dan zikir yang bersumberkan daripada Al-Quran dan Sunnah Rasul s.a.w., yang telah banyak diamalkan oleh ulama-ulama soleh terdahulu mahupun sekarang. Sehingga doa-doa yang terkandung di dalamnya sangat sesuai diguna pakai oleh umat Islam bagi menerajui kejayaan dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Kemuliaan Solat Subuh
Saya merindukan suatu hari, di mana masjid dipenuhi kaum muslimmin. Mereka
berusaha pergi ke rumah Allah dengan penuh suka cita, menunggu azan
Subuh dengan penuh kerinduan. Di belakang muazin mereka menjawab laungan azan
yang berkumandang, penuh penghayatan. Mereka itu berada dalam pertemuan dengan
Allah.
Saya merindukan datangnya suatu hari, saat seorang muslim begitu menyesal
dan sangat berasa sedih gara-gara tertinggal solat Subuh, walaupun sekali saja.
Dia berasa sedih kerana tertinggal sesuatu yang benar-benar bernilai, lebih
mahal dari dunia dan seisinya.
Dr Raghib al-Sirjani
BOOKS SEARCH







