Harun Yahya
Hari Kiamat " The Day Of Judgment "
Buku ini akan menjelaskan tentang Hari Kiamat dan peristiwa-peristiwa yang berlaku padanya, serta memberi amaran akan kesukaran yang terjadi ketiak itu.
Kematian Kebangkitan Semula & Neraka
Salah satu daripada penipuan asas yang mendorong manusia kepada kejahatan dan menyebabkan mereka hanya mengejar kehendak nafsu mereka ialah kelalaian mereka terhadap kematian.Manusia dan alam semesta
Keajaiban Penciptaan Manusia
Pernahkah kamu terfikir bagaimana kamu muncul di dunia ini?
Siapa yang menjadikan tubuh kamu? Siapa yang membina mata,tangan dan organ-organ kamu?
Penciptaan Alam Semesta (H/C)
Falsafah materialisme yang menguasai dunia sains pada abad ke-19, telah menganjurkan bahawa alam semesta ini adalah satu longgokan jirim tidak terkawal yang wujud sejak dahulu lagi. Bagaimanapun, penemuan-penemuan abad ke dua puluh telah menolak sepenuhnya dakwaan materislisme ini. Hari ini sains membuktikan bahawa alam semesta ini mempunyai permulaan, iaitu bahawa, ia telah dijadikan daripada tiada. Dengan permulaan ini yang digelar Letupan Agung, jirim dan masa telah dijadikan daripada tiada.
Tambahan pula, penemuan-penemuan yang dilakukan pada kahir 30-40 tahun telah mendedahkan bahawa keseimbangan-keseimbangan fizikal alam ini telah diatur di dalam cara yang paling tepat. Semua keseimbangan alam semesta ini daripada kadar letupan (Letupan Agung) sehinggalah kepada nilai-nilai empat tenaga utama fizik, daripada tindak balas nuclear di dalam bintang-bintang kepada struktur atom, telah diselaraskan untuk menampung hidup manusia. Struktur bumi, kedudukannya di angkasa dan atmosferanya semuanya tekah direka sebagaimana yang sepatutnya. Sifat-sifat fizika; dan kimia atom seperti karbon dan oksigen atau molekul-molekul seperti air telah disusun untuk memungkinkan hidup manusia. Ringkasnya tidak mungkin ada ruang untuk kebetulan di alam ini. Seluruh cakerawala ini telah diciptakan berdasarkan kepada tujuan tertentu dan dalam keseimbangan, keharmonian dan aturan yang hebat. Ini adalah ciptaan agung dan sempurna.
Allah "Tuhan Sekalian Alam". Allah berfirman tentang kenyataan ini seperti berikut di dalam al-Quran:
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang Menciptakan langit dan bumi dalam enam tahab(hari) lalu Dia bersemayam di atas Arasy; Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Dia pula Yang Menciptkan) matahari dan bulan serta bintang-bintang (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan.Maha Suci Allah Yang Mencipta dan Mentadbirkan sekalian alam. (Surah Al-A'raaf:54)
Doa-doa Di dalam Al-Quran
Adakah anda cukup hampir kepada Allah, Yang menciptakan anda dan meletakkan anda di dunia ini,melengkapi anda dengan kebijaksanaan dan tubuh badan? Bilakah kali terakhir anda berdoa kepada-Nya? Adakah anda memohon kepada Allah hanya apabila anda di dalam kesusahan, atau adakah anda sentiasa memenuhi fikiran anda dengan mengingati-Nya?
Adakah anda sedar bahawa Allah sangat hampir dengan anda, bahawa Dia mengetahui segalanya tentang apa yang anda fikirkan atau bisikkan? Adakah anda memikirkan-Nya sebagai Tuhan anda, sebagaimana Dia juga Tuhan kepada seluruh manusia? Atau adakah Dia teman anda yang paling rapat dan yang memenuhi segala keperluan anda dan anda boleh memohon apa saja yang anda inginkan dari Dia? Walau pun apa saje jawapan anda keapda soalan-soalan ini, anda akan mendapat faedah dari membaca buku ini, kerana ia bertujuan untuk menerangkan betapa hampirnya Allah kepada hamba-hambaNya dan cara doa yang Dia mahukan cari mereka.Allah menekankan pentingnya berdoa dengan ayat, "..Katakanlah :"Tuhanku tidak mengendahkan kamu,melainkan kalau ada ibadatmu" (surah al-Furqan"77)
Nabi Isa (a.s) Akan Kembali
Rasul-rasul Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya dan ditinggikan-Nya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan. Dan Kami berikan Nabi Isa ibni Maryam beberapa keterangan kebenaran (mukjizat), serta Kami kuatkan dia dengan Ruhul-Qudus Jibril)... (Surah al-Baqarah :253)
(Ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa!Sesungguhnya Aku akan mengambil mu dengan sempurna dan akan mengangkat mu ke sisi-Ku dan akan membersihkan mu dari orang-orang kafir dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepada mu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Kau menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan". (Surah Ali 'Imran:55)
Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan:"Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.
Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya; dan adalah Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. (Surah Ali'Imran : 157-158)
Doa-doa Di Dalam Al-Quran
Adakah anda cukup hampir kepada Allah, Yang menciptakan anda dan meletakkan anda di dunia ini,melengkapi anda dengan kebijaksanaan dan tubuh badan? Bilakah kali terakhir anda berdoa kepada-Nya? Adakah anda memohon kepada Allah hanya apabila anda di dalam kesusahan, atau adakah anda sentiasa memenuhi fikiran anda dengan mengingati-Nya?
Adakah anda sedar bahawa Allah sangat hampir dengan anda, bahawa Dia mengetahui segalanya tentang apa yang anda fikirkan atau bisikkan? Adakah anda memikirkan-Nya sebagai Tuhan anda, sebagaimana Dia juga Tuhan kepada seluruh manusia? Atau adakah Dia teman anda yang paling rapat dan yang memenuhi segala keperluan anda dan anda boleh memohon apa saja yang anda inginkan dari Dia?
Walau pun apa saje jawapan anda keapda soalan-soalan ini, anda akan mendapat faedah dari membaca buku ini, kerana ia bertujuan untuk menerangkan betapa hampirnya Allah kepada hamba-hambaNya dan cara doa yang Dia mahukan cari mereka.Allah menekankan pentingnya berdoa dengan ayat, "..Katakanlah :"Tuhanku tidak mengendahkan kamu,melainkan kalau ada ibadatmu" (surah al-Furqan"77)
Hanya Kasih Sayang Mampu Menewaskan Keganasan
Pada tahun 2001, pesawat jet dilanggar kepada Pusat Dagangan Dunia dan Pentagon, mengakibatkan kecederaan dan pengorbanan beribu-ribu nyawa. Selepas serangan tersebut, dunia mula membahaskan konsep keganasan di sebalik kejadian itu. Suasana bimbang dan panik berkembnag, terutama di Amerika Syarikat. Tetapi keadaan ini tidak berpanjangan: selepas itu dunia mula berfikir bagaimana untuk menggempur keganasan.
Sejurus selepas Amerika Syarikat pulih dari kejutan pada 11/9, mereka bergabung dengan beberapa buah negara lain untuk melancarkan perang terhadap keganasan di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, sejak dari mula lagi, sumber rasmi gabungan yang berpengaruh ini mengisytiharkan secara bahawa tidak cukup bagi mereka untuk melawan pada bidang ketenteraan semata-mata. Jadi bagaimana harus perjuangan menentang keganasan diteruskan?
Buku ini menekankan satu-satunya cara ia dapat dibasmi: iaitu dengan cara keamanan, toleransi dan kasih sayang. Ia menawarkan contoh-contoh dari al-Qur'an, untuk menunjukkan bagaimana agama Tuhan mengharamkan penggunaan kekerasan yang tidak sapatutnya. Ia juga memberi contoh untuk menunjukkan bahawa cara untuk menentang keganasan ialah dengan pemulihan di akar umbi, iaitu melalui kasih sayang belas kasihan kerendahan hati,kemaafan, toleransi dan konsep keadilan; sikap-sikap yang hanya boleh disemaikan dalam hidup manusia melalui agama.
"Allah menyeru (kamu) ke Daar al Salaam dan membimbing orang yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus." Al-Qur'an 10:25
Kekeliruan Dalam Penafsiran Al-Quran
Mereka yang mendekati al-Qur'an dengan cara yang tidak ikhlas dan penuh kekeliruan akan menerima akibat daripada perbuatan mereka sendiri. Mereka tidak akan sesekali dapat memahami al-Qur'an,mahupun menerima faedah daripada kesempurnaan risalahnya, malah mereka akan mengalami kerugian sama ada di dunia ataupun di akhirat kelak.Walau apa pun usaha yang dilakukan, mereka tidak akan dapat membuat kerosakan kepada al-qur'an apatah lagi kepada Islam itu sendiri.
Buku ini bertujuan mengupas punca-punca dan motif mengapa manusia melihat al-Qur'an dari sudut perspektif yang salah(dalam menyalah tafsirkannya) di samping mengkaji beberapa contoh salah tafsir dan komen mereka terhadap ayat-ayat al-Qur'an serta jawapan kepada tuduhan-tuduhan mereka ini. Tambahan daripada itu,sifat kebodohan, prejudis dan corak pemikiran yang tidak relevan sesetengah orang yang diterima oleh masyarakat sebagai ahli saintis yang mempunyai reputasi tinggi ataupun ilmuwan yang dihormati turut didedahkan dengan menggunakan andaian sendiri yang membantah ayat-ayat al-Qur'an.
Penyatuan Nilai Kebaikan
Kita sering menemui pelbagai isu atau kejadian samada yang didengar atau pun yang dilihat sewaktu menonton televisyen, membaca akhbar atau berada di sebuah kawasan. Contohnya yang paling lazim, manusia yang kebuluran, pembunuhan, penindasan, pencabulan hak asasi, persengketaan, sumpah-seranah, menghina, memaki-hamun dan sebagainya..
Seperti orang lain, anda juga pasti mengingati akan wujudnya sebuah masyarakat yang bertanggungjawab memastikan suasana yang aman dan damai sentiasa terpelihara. Sebuag suasana di mana manusia enggan melakukan kejahatan, suasana yangs sentiasa disinari dengan berita gembira dan menyenangkan, begitu juga dengan tutur kata penghormatan antara satu sama lain.
Mereka yang mengimpikan kehidupan bermasyarakat dengan nilai keamanan, keselamatan dan kebebasan harus berusaha untuk melakukan sesuatu demi mencapai tujuan murni ini.
Buku ini bukanlah penyeruan kepada sebarang individu atau kumpulan malah melibatkan diri anda.
BOOKS SEARCH









