Kisah Kisah Teladan
Tokoh Srikandi Zaman Nabi
Dalam buku kecil ini, penulis memuatkan kisah 15 tokoh srikandi pada zaman
Nabi S.A.W. yang begitu komited dalam memperteguhkan keimanan mereka kepada
Allah dengan membantu perjuangan Rasulullah S.A.W. Mereka tidak gentar walau
apa jua badai, dan onak duri yang datang melanda, sebaliknya keteguhan iman
membuatkan mereka begitu cekal dan sabar dalam menghadapi apa jua cabaran dan
tribulasi. Di samping itu, mereka juga berjaya menunjukkan akhlak terpuji
dan menjadi isteri dan ibu mithali. Matlamat mereka hanyalah satu iaitu
mencari keredhaan Illahi dan kebahagian yang hakiki.
100 Kisah Orang-orang Soleh
100 Kisah Orang-orang Soleh - Miah Qishah Min Qishash As-Shalihin.
Mereka adalah orang-orang yang mempunyai sifat-sifat ahli syurga, mereka merupakan tokoh-tokoh yang unik dan nyata. Buku ini akan mendedahkan kisah kehidupan 100 orang soleh yang mungkin akan membuat pembaca berasa aneh dan hairan. Kami mengajak anda untuk menghilang perasaan aneh dan hairan tersebut...sebab apa? Sebab semua ini adalah kisah-kisah yang ternyata benar.
Kesabaran Seorang Wali
Nasihat dan Peringatan Dari Cerita-Cerita Para Solehin
Buku kecil ini mengandungi nasihat dan petunjuk yang penuh berhikmah dan berguna kepada kita semua. Ia mengaitkan soal keimanan, akhlak, moral, keberanian, amalan soleh dan sifat-sifat kemuliaan yang dituntut dalam agama. Setiap pembaca dapat meningkatkan lagi kefahaman dengan beberapa petikan cerita-cerita teladan dan ilustrasi yang menarik.
Apa yang penting ialah buku ini dapat memberi manfaat kepada semua golongan umat Islam. Semoga ia dapat mengubah sikap dan kehidupan kita ke arah kemajuan yang lebih baik lagi.
Kisah-Kisah Dalam Al-Quran
Kisah-kisah Di Dalam Al-Quran
Buku ini mengandungi kisah-kisah Nabi yang dipetik dari terjemahan Al-Quran. Dari kisah-kisah yang dipaparkan akan memberi panduan, pengajaran dan pengetahuan kepada pembaca. Kisah ini mengandungi dugaan dan halangan yang ditempuhi oleh para Nabi. Segalanya dapat di atasi oleh para Nabi kita dengan penuh rasa ketaqwaan kepada Allah s.w.t.
Semoga kisah-kisah ini boleh dijadikan teladan dari apa yang telah berlaku dalam sejarah kaum Muslimin di masa-masa silam. Mudah-mudahan buku ini dapat memberi manfaat kepada kita.
Kisah-Kisah Menyentuh Hati - Kehidupan Para Khalifah Islam - Jilid 3
Kisah-kisah Menyentuh Hati Dari Kehidupan Para Khalifah Islam - Jilid 3
Para penulis sejarah Islam di masa lalu, selain menulis perkara-perkara penting yang dihadapi oleh pemimpin negara dalam menjalankan tugasnya mentadbir negara, juga menulis hal-hal yang menyentuh hati,bahkan ada yang melucukan berkenaan dengan mereka.
Buku ini cuba mengumpulkan kisah-kisah tersebut yang ditulis terserak-serak di dalam berbagai kitab-kitab tua. Ia masih tetap segar untuk dibaca sebagai selingan di kala menatap bacaan yang berat-berat, di samping untuk mendapatkan tauladan darinya.
SKMH- Kehidupan Para Khalifah Islam Siri 4
Siri Kisah-kisah Menyentuh Hati Dari - Kehidupan Para Khalifah Islam Siri 1
Siri Kisah-kisah Menyentuh Hati Dari - Kehidupan Para Khalifah Islam Siri 2
Siri Kisah-kisah Menyentuh Hati Dari - Kehidupan Para Khalifah Islam Siri 3
Siri Kisah-kisah Menyentuh Hati Dari - Kehidupan Para Khalifah Islam Siri 4
BOOKS SEARCH









