Keadah Memahami Hadis-hadis Yang Saling Bercanggah

image


Author : Hafiz Firdaus Abdullah
Pages : 224, Paperback,
Our Ref : PJ-1066
ISBN : 983-170-381-2

Your rating: None Average: 4 (2 votes)
Keadah Memahami Hadis-hadis Yang Saling Bercanggah

Synopsis :

Kaedah Memahami Hadis-hadis Yang Saling Bercanggah Antara masalah yang dihadapi oleh seseorang untuk memahami sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam adalah wujudnya beberapa hadis yang memiliki maksud, petunjuk dan hukum yang saling bercanggah, berlawanan dan bertentangan antara satu sama lain. Adakalanya percanggahan ini menyebabkan sebahagian umat menjadi ragu akan kebenaran hadis-hadis tersebut manakala sebahagian lain pula tersilap dalam mengamalkannya, iaitu mereka mempraktikkan sebahagian dan menolak sebahagian. Malah ada yang menjadikan senario percanggahan ini sebagai salah satu faktor untuk menolak hadis secara keseluruhan dari syari‘at Islam.

Insya-Allah, buku ini akan menerangkan cara bagi menangani masalah ini.Tidak dinafikan bahawa memang wujud hadis-hadis Rasulullah sallallahu‘alaihi wasallam yang pada zahirnya kelihatan bercanggah antara satu sama lain. Percanggahan ini bukanlah sesuatu yang bersifat hakiki tetapi ia hanyalah fiktif pada pandangan seseorang semata-mata kerana kelemahan dalam memahami maksud sesuatu hadis dan tidak mengetahui kaedah-kaedah bagi mengatasi percanggahan tersebut.

Penulis buku ini, Hafiz Firdaus Abdullah adalah seorang pengkaji dan peneliti yang sudah dikenali oleh masyakat sejak beberapa tahun yang lalu. Antara karya beliau yang telah diterbitkan oleh Jahabersa ialah Pedoman-Pedoman Bermazhab Dalam Islam (2000), Panduan Ibadah Dalam Musafir Penerbangan (2000), Solat Tarawikh: Satu Perbahasan Ke Atas Fatwa Yang Menetapkannya Kepada 20 Rakaat (2000) dan 20 Hujah Golongan Anti Hadis dan jawapannya (2002)

Price: RM 12.90

Related Books on Same Category

PJ-1523L.jpg
Biografi Ulamak-Ulamak Hadith
PJ Ref : PJ-1523
RM 17.90
PJ-1822L.jpg
Mutiara Hadis Nabi : Penawar Jiwa...
PJ Ref : PJ-1822
RM 14.90
PJ-1841L.jpg
Sejarah Perkembangan Hadis
PJ Ref : PJ-1841
RM 8.90
Hadith-hadith Hukum (Bahagian Muamalat)
Hadith-hadith Hukum (Bahagian...
PJ Ref : PJ-0177
RM 6.00