KISAH dan Teladan mengandungi cerita-cerita untuk memberi pendidikan secara tidak langsung kepada kanak-kanak yang sedang meningkat remaja. Cerita-ceritanya menggarap kepada cerita-cerita yang boleh dijadikan iktibar dan panduan kepada kanak-kanak itu sendiri.
Kanak-kanak dalam usia ini jika dicuaikan atau diabaikan dalam mendidik mereka, akan merugikan generasi yang akan datang. Maka tugas kita sebagai orang tua mencari jalan agar kanak-kanak ini dapat dididik dengan baik dan menjadi orang yang berguna untuk masa depan.