Kadangkala sebuah buku itu kelihatan ilmiah, dipenuhi dengan hujah dan dalil. Kemudian ia dihiasi dengan kata-kata aluan para agamawan yang terkenal di tanah air. Namun apakah semua itu menjanjikan buku tersebut menyampaikan ilmu yang benar?Tidak semestinya.
Salah sebuah buku yang dimaksudkan ialah "Amalan Sunnah Selepas Solat dan Kelebihannya". Penelitian, kajian dan analisa mendapati ia mengandungi banyak kesalahan, sebahagiannya kelihatan seolah-olah disengajakan.
buku di tangan anda sekarang ini membuktikan apa yang disebut di atas. Jangan sekadar mempercayai kata-kata di belakang buku ini, sebaliknya semaklah 36 kritikan yang terkandung di dalamny.Nescaya anda akan temui kritikan yang memeranjatkan.
Petunjuk bagi yang baru hendak belajar mengenai: 1)Iman & Islam 2)Shalat 3)Hadas Kecil & Besar 4)Wudhu 5)Mandi 6)Sembahyang Sunat , Qasar & Jama' 7)Sembahyang Juma'at 8)Zakat 9)Puasa 10)Haji
Kajian terhadap masalah perubatan moden mempunyai kepentingan yang amat besar dalam kaedah Feqh Islam. Sejak akhir-akhir ini,banyak masalah moden yang timbul dalam lapangan perubatan yang memerlukan pendapat dari segi feqh untuk menjelaskan kedudukannya, seperti pembedahan kecantikan, memindahkan anggota badan manusia, otak tidak berfungsi dan melakukan pembedahan terhadap mayat manusia (post-mortem).
Dalam buku ini, penulis memberikan satu fikrah yang dijelaskan dengan beberapa buah dalil tentang ' Hukum Membedah Mayat Manusia'.Disebabkan para ulamak dahulu tidak membahaskan tajuk ini, penulis terpaksa banyak bergantung kepada pendapat para ulamak mutakhir dan fatwa mereka dalam masalah ini.
Kitab ini (al-Muqaddimah al-Ajurumiyyah) adalah buku tata bahasa Arab yang bahasanya sangat jelas, petunjuknya nyata, faedahnya melimpah, mudah difahami dan dilengkapi dengan contoh dan soalan sehingga pelajar mudah memahaminya. Ia merupakan pintu yang memudahkan seseorang untuk memahami bahasa Arab. Yang mana bahasa Arab adalah bahasa baginda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, bahasa para sahabat beliau dan bahasa al-Quran
Dalam karya tulis ini, penulis memperhatikan hal-hal berikut: Menyebutkan banyak bidaah zaman dulu yang hingga kini masih menutupi mata banyak pihak (ramai orang). Menutup atau menghalang-halangi perkembangan bidaah, sebagai jawapan dari perkataan Umar bin Khathab: "Allah akan memberikan rahmat kepada kaum yang berusaha mematikan kebatilan dengan menutup-nutupnya, dan menghidupkan kebenaran dengan menyebutkannya." Menyebutkan banyak sunnah agar dapat menempati dan mengganti bidaah yang telah dibuat-buat orang. Mengemasnya dalam bahasa yang ringkas dan mudah difahami.
Akan datang suatu hari di mana seluruh umat manusia akan berakhir. Bahkan seluruh alam semesta akan hancur binasa, bintang-bintang malam akan berjatuhan, ombak di lautan akan berhenti, tumbuhan akan mengering dan sungai serta sumber air yang yang lain juga akan kering. Namun, kehancuran ini bukanlah akhir yang sebenar. Itu hanyalah sebahagian dari perjalanan yanh harus dilalui umat manusia kerana akan datang suatu hari di mana segala kehidupan akan dikembalikan untuk menerima hisab dari semua yang telah kita perbuat dan kita lakukan. Sesungguhnya iman terhadap kembalinya kehidupan dunia dan kekalnya kehidupan sesudah kehidupan dunia merupakan satu kewajipan untuk menegakkan perjalanan hidup manusia.Hal ini kerana, di dalam lubuk hati manusia sudah tertancap rasa cinta akan kekekalan dan keabadian. Sudah banyak pembahasan yang menjelaskan tentang dasar akidah yang agung ini. Oleh sebab itu, penulis membahagikannya kepada tiga bahagian di mana setiap bahagian akan dijelaskan dalam buku tersendiri: Bahagian pertama: Terjadinya kiamat kecil dan tanda-tanda kiamat besar Bahagian kedua: Kiamat besar Bahagian ketiga : Syurga dan neraka Buku yang ada di hadapan anda adalah buku pertama. Buku ini menjelaskan sebagaimana yang ditunjukkan tajuknya yang mana ia terdiri dari beberapa bab. Bab pertama membahas tentang kiamat sughra (kecil), diertikannya dengan kematian. Pembahasan tentang kematian, kesengsaraan dan sekaratnya, kubur dan fitnah, nikmat dan seksa kubur, lalu tentang roh dan tempatnya di alam barzakh. Bab kedua membahas tentang tanda-tanda kiamat, tanda-tanda yang menunjukan bahawa kejadian kiamat sudah dekat. Di antara tanda-tanda tersebut ada yang besar dan ada yang kecil. Di antara tanda-tanda kiamat kecil ada yang sudah terjadi dan sudah berlalu, di antaranya ada yang belum pernah terjadi.Dalam bab ini juga akan dijelaskan tanda-tanda kiamat besar yang belum pernah terjadi dan inilah bab yang membicarakan keseluruhan hal yang berkaitan dengan kiamat
Buku ini terbahagi kepada 7 bab yang terdiri daripada: Bab I Bahaya Lisan Bab II Buah dari Lisan Bab III Bahaya Bid'ah Bab IV Bahaya Riyah Bab V Bahaya Mencuri Bab VI Bahaya Berbohong Bab VII Penyakit Riyak Dan Ubatnya
Dalam sebuah hadis disebutkan: Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Barang siapa tidak memohon (berdoa) kepada Allah, maka Allah akan murka kepadanya.Pentingnya berdoa dan berzikir, bukan perkara yang baru. Terlebih lagi pada zaman teknologi yang serba canggih dan moden, manusia sekalipun dengan segala mindanya dan dengan kecanggihan teknologi, ternyata belum mampu memberikan jaminan kebahagiaan dalam hidupnya. Buku ini merupakan kumpulan doa dan zikir yang bersumberkan daripada Al-Quran dan Sunnah Rasul s.a.w., yang telah banyak diamalkan oleh ulama-ulama soleh terdahulu mahupun sekarang. Sehingga doa-doa yang terkandung di dalamnya sangat sesuai diguna pakai oleh umat Islam bagi menerajui kejayaan dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Kitab inilah yang patut dipelajarinya. Umpama emas sudah diujinya. Dan juga umpama makanan yang terhidang. Dan yang lain itu tudung sajinya.Dan juga umpama buah-buahan.Isinya dan minyak dalam bijinya. Kerana ialah menyampaikan kepada Tuhan. Lagi besar pahala dan gajinya. Dan yang mendapat ilmunya dan mengamalkan.Orang itulah yang sebenar dipujinya.Syurga itulah kediaman yang kekal. Ilmu ini pintunya dan bajinya.Dan yang jahil tentangnya api neraka.Selar sengat tikaman gergajinya. Ya Rabb, kurniakanlah futuh-Mu. Bagi setiap hamba yang mengajinya.