Ensiklopedia Kehidupan Sahabat Wanita Nabi Muhammad s.a.w

JC-2070.jpg
Our Ref:
JC-2070

Author:
Dr.Muhammad Sa'id Mubayyadh

ISBN:
978-964-308-207-0

Pages:
1065, Hardcover

No votes yet



Synopsis:

Bahan biografi para sahabat wanita ini diambil dari buku-buku turath
yang menjadi rujukan utama dalam penulisan sejarah atau biografi.

1)Penulis telag mengambil data dari rujukan tertua dalam kajian ini,
iaitu kitab al-Tabaqat al-Kubra karya Ibnu Sa'd. Dalam menjelaskan
kejadian atau sifat seseorang, hanya dicantumkan satu atau dua hadith yang berkaitan dengan hal itu sahaja. Bila perbahasan tersebut mempunyai
banyak riwayat maka dicantumkan semua riwayat.Hanya ditulis:" Fulan dan
Fulan juga meriwayatkan tentang hal ini atau "Fulan dan fulan juga
meriwayatkan cerita yang serupa." Sikap ini diambil supaya tidak terjadi
banyak pergulungan dalam satu perbahasan, kerana pengulangan akan
menyebabkan bosan dan jemu pada pembaca.

2)Kemudian dicatat data-data tambahan yang diambil dari kitab-kitab
biografi yang lainnya, iaitu dimulakan dari kitab al-Ishabah, al-Isti'ab,Usdul Ghabah, Shifah al-Shafwah dan kitab-kitab lainnya yang
merupakan rujukan utama dalam kajian ini yang mengandungi keterangan-
keterangan penting dan juga pembetulan-pembetulan. Adapun keterangan yang sudah disinggung dalam kitab al-Tabaqat tidak dijelaskan lagi,kerana (sebagaimana kita ketahui) kebanyakan kitab biografi
menjadikan kitab al-Tabaqat sebagai rujukan utama.

3)Untuk memperkuat keaslian rujukan disertakan sumber rujukan data yang
diambil dengan menyebutkan nama kitab dan muka surat.

4)Biografi para sahabat wanita ini disusun berasakan urutan abjab Arab,
supaya mudah untuk mencarinya.

5)Kadang-kala ada perbezaan pendapat dalam penyebutan beberapa nama
sahabat wanita, oleh kerana itu dicatat juga perbezaan-perbezaan
pendapat tersebut.

Metod ini diharap akan memudahkan para pengkaji biografi sahabat
wanita, sehingga waktu mereka tidak akan banyak terbuang dengan
mengkaji beragam kitab turath yang banyak jumlahnya.


Price: RM 120.00