Ramai dalam kalangan umat Islam sendiri yang masih samar terhadap persoalan ini
sehingga apabila diajukan pertanyaan kepada mereka berkenaan keberadaan Allah
(Di mana Allah?) maka akan timbul pelbagai jawapan, antara lazimnya yang sering
kita temui adalah seperti berikut:
1)Mereka yang mengatakan bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala sentiasa berada
di mana-mana sahaja atau di setiap tempat.
2)Mereka yang berpegang kepada keyakinan bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala
berada di dalam hati mahupun diri setiap insan.
3)Mereka yang beriktikad bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala berada di atas langit
beristiwa' di atas 'Arasy-Nya.
Persoalannya sekarang adalah, siapakah di antara ketiga-tiga kelompok di atas
yang memiliki tauhid yang benar lagi tepat berhubung dengan persoalan keberadaan
Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagaimana yang difahami oleh generasi al-Salaf
al-Shalih iaitu generasi terbaik umat ini? Insya' Allah, buku karangan
Mohd Hairi Nonchi ynag diberi judul Di Mana Allah? yang sedang berada di tangan
anda ini akan membantu anda untuk merungkai persoalan di atas.