Pendidikan
Kendiri Microsoft Office Lengkap : Menguasai Excel 2000
Apa Istimewanya Kendiri? Konsep Kendiri buku ini akan memperkenalkan anda tajuk kemahiran secara berperingkat dengan berbagai latihan dan contoh,bagi membolehkan anda memperkembang kebolehan diri-ya ,secara KENDIRI!
Siapa Patut Memiliki Buku Ini? Pengguna baru- buku ini menyediakan kemahiran asas dan konsep latihan dengan gaya penerangan yang amat mudah,ringkas dan padat.
Pengguna Maju- Merangkumi keseluruhan kemahiran yang ditentukan oleh sukatan Pengguna Pakar Microsoft Office(Microsoft Office User Specialist,MOUS)
Pelajar- Lengkapkan diri dengan segala kemahiran sebagai persediaan melangkah ke alam pekerjaan.
Pengajar Applikasi Microsoft- Terokai pelbagai rahsia,tips dan teknik untuk disaji kepada pelajar anda. Pekerja- Supaya anda mampu mengendalikan tugasan dengan cepat,efektif dan professional dengan hasil yang mengkagumkan.
Majikan- Dengan kemahiran di tahap maksimum,pekerja anda akan menjadi lebih produktif dan tentunya akan banyak mengutungkan syarikat!
Kendiri Microsoft Office Lengkap : Menguasai Word 2000
Apa Istimewanya Kendiri? Konsep Kendiri buku ini akan memperkenalkan anda tajuk kemahiran secara berperingkat dengan berbagai latihan dan contoh,bagi membolehkan anda memperkembang kebolehan diri-ya ,secara KENDIRI!
Siapa Patut Memiliki Buku Ini? Pengguna baru- buku ini menyediakan kemahiran asas dan konsep latihan dengan gaya penerangan yang amat mudah,ringkas dan padat.
Pengguna Maju- Merangkumi keseluruhan kemahiran yang ditentukan oleh sukatan Pengguna Pakar Microsoft Office(Microsoft Office User Specialist,MOUS)
Pelajar- Lengkapkan diri dengan segala kemahiran sebagai persediaan melangkah ke alam pekerjaan.
Pengajar Applikasi Microsoft- Terokai pelbagai rahsia,tips dan teknik untuk disaji kepada pelajar anda. Pekerja- Supaya anda mampu mengendalikan tugasan dengan cepat,efektif dan professional dengan hasil yang mengkagumkan.
Majikan- Dengan kemahiran di tahap maksimum,pekerja anda akan menjadi lebih produktif dan tentunya akan banyak mengutungkan syarikat!
Motivasi PMR / SPM / STPM : Azimat Kecemerlangan
OBJEKTIF utama buku ini ialah memberikan motivasi kepada para pelajar, khususnya peringkat PMR, SPM dan STPM. Pendekatan utama yang diaplikasi dalam buku ini ialah wujud penggabungan unsur agama Islam dengan elemen motivasi itu sendiri. Ini bersesuaian dengan ajaran agama Islam yang bersifat universal dan menyeluruh. Islam merangkumi bidang politik, ekonomi, sosial, akademik dan budaya.
Buku ini bukan sahaja ingin memberikan motivasi kepada para pelajar yang berjaya di dalam bidang akademik supaya lebih meningkatkan usaha mereka, tetapi ia juga bermotif untuk berbajai semula semangat motivasi rakan pelajar yang 'terkecewa' di dalam proses pembelajaran. Buku ini cuba menerangakan kepada mereka bahawa setiap kegagalan ada rahmah dan hikmah yang tersembunyi. Sebagai seorang pelajar yang menghayati keluhuran agama, adalah menjadi kewajipan mereka untuk terus mencari dan meneroka keredhaanNya.
Adalah diharapkan agar buku ini berupaya memberikan sedikit sumbangan ke arah kecemerlangan pelajar khususnya di dalam bidang akademik dan seterusnya berjaya memartabatkan kembali Syi'ar Islam di persada dunia. Wallahu'alam.
Asas-Asas Dakwah & Pendidikan Islam
Arus globalisasi yang berjalan mengikut dimensi waktu telah memberi isyarat kepada manusia bahawa kehidupan ini akan terus berubah dari satu kehidupan kepada kehidupan yang baru, dari satu zaman kepada zaman yang baru, dari satu model sampailah kepada model yang terkini.
Tetapi dalam kehidupan itu juga ada sesuatu yang tidak boleh berubah, ia mesti berdiri menahan arus, iaitu Aqidah dan Iman yang ada di dalam diri setiap insan muslim. Maka yang dapat mempertahankan Akidah dan Iman itu adalah Dakwah dan Pendidikan yang perlu disemaikan dari waktu ke waktu baik ia secara individu maupun keluarga dan masyarakat.
Panduan Tajwid Ringkas
RINGKASAN RIWAYAT HIDUP PENYUSUN
HAJI ASMALI BACHI dilahirkan di Kampung Kelatuan, Papar, Sabah pada 28hb Ogos, 1948, merupakan anak bongsu dari 8 orang adik-beradik. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Ugama Islam Kg. Buang Sayang, Papar, pada tahun 1970-1972. Pada bulan Jun 1972, dilantik menjadi Guru Ugama Islam Sabah. Pada tahun 1974 hingga 1976, beliau mengikuti kursus Al-Qur'an dengan Tuan Ustaz Hj. Saidin Othman, anjuran Majlis Ugama Islam Sabah. Pada tahun 1979-1980 dilantik menjadi Guru Besar Sekolah Ugama Islam Kg. Banting, Sipitang, Sabah oleh Majlis Ugama Islam Sabah.
Pada bulan Jun 1980 sehingga tahun 1983 melanjutkan pelajaran ke Maahad Tahfiz Al-Qur'an Wal-Qiraat Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri di Kuala Lumpur sehingga lulus Sijil Diploma Maahad Tahfiz Al-Qur'an Wal-Qiraat. Pada tahun 1984-1985 menjadi Guru Besar di Sekolah Ugama Islam Kg. Pengalat Kecil, Papar, Sabah. Pada tahun 1986-1994, dilantik sebagai Timbalan Imam Besar Masjid Negeri Sabah.
Pada tahun 1995-1996, dilantik menjadi Pengetua Maahad Tahfiz Al-Qur'an Wal-Qiraat Negeri Sabah di samping menjalankan tugas-tugas Timbalan Imam Besar Masjid Negeri Sabah dan juga sebagai Guru Besar Madrasah Islamiah Masjid Negeri Sabah.
Keutamaan Ilmu Dan Kemuliaan Para Ulama
Sejarah umat manusia tidak pernah mengenal suatu agama yang menaruh keperihatinan yang begitu besar dan sempurna terhadap ilmu pengetahuan. Islam sentiasa mengajur dan mendorong umatnya menuntut ilmu dan mengimarahkan segala kegiatan keilmuan.
Oleh kerana peningna ilmu itu Saidina Umar berkata:
"Wahai manusia! Haruslah bagi kamu berilmu! Sesungguhnya Allah SWT mempunyai sehelai selendang yang dikasihi-Nya. Barangsiapa yang mencari sebuah pintu dari ilmu, lalu Allah akan menyelendanginya dengan selendang Allah. Apabila ia berbuat dosa, ia akan meminta kerelaan Allah sebanyak tiga kali supaya selendang itu tidak dibukanya, walaupun dosanya berlarutan hingga ke mati."
Islam juga menghormati golongan cerdikpandai, para ulama dan intelektual. Ia menyeru agar golongan ini menyebarluaskan ilmu sehingga terhapus kejahilan di tengah kehidupan umat. Hal ini di sabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Rahmat Allah diturunkan kepada khalifahku! seorang bertanya : Siapakah khalifah tuan? Baginda menjawab : Mereka yang menghidupkan sunnahku dan mengajarkannya kepada hamba Allah."
Riwayat Ibnu Abil-Barr dari Hassan
Sehubungan dengan kelebihan dan keutamaan yang dikurniakan oleh Allah ke atas mereka yang menuntut dan menyebarkan ilmu maka disorotkan sebuah warkah yang agak detail perbahasannya demi meletakkan tanggungjawab ini di antara yang wajar diusahakan oleh setiap Muslim.
BOOKS SEARCH







