Remaja
Himpunan Cerpen Pilihan Jilid 1
Di dalam menempuh peredaran zaman yang serba kemoderan ini, penulis merasa bertanggungjawab lantas terjun mencurahkan mutiara-mutiara buat bacaan melalui cerpen-cerpen. Ianya berupa mesej-mesej Islam yang tidak kurang berperanan sebagai model pendidikan dewasa ini. Memandangkan banyak sekali kemasukan cerpen-cerpen berunsurkan khayalan, percintaan, tahyul, seks dan sebagainya, secara umum boleh merosakkan kemurniaan minda umat Islam.
Oleh itu duhai para pembaca sekelian, tatapilah 'HIMPUNAN CERPEN PILIHAN' ini, semoga beroleh satu jalan penyelesaian dalam meneroka dunia yang bermacam-macam karenah di dalamnya. Anda seorang ayah, ibu, anak, rakyat, pemimpin jua, tentunya akan berhadapan dengan dialog-dialog kehidupan ini.
Himpunan Cerpen Pilihan Jilid 3
Di dalam menempuh peredaran zaman yang serba kemodenan ini, penulis merasa betanggungjawab lantas terjun mencurahkan mutiara-mutiara buat bacaan melalui cerpen-cerpen. Ianya berupa mesej-mesej Islam yang tidak kurang berperanan sebagai model pendidikan dewasa ini. Memandangkan banyak sekali kemasukkan cerpen-cerpen berunsurkan khayalan, percintaan, tahyul, seks dan sebagainya, secara umum boleh merosakan kemurniaan minda umat Islam.
Oleh itu duhai para pembaca sekelian, tatapilah 'HIMPUNAN CERPEN PILIHAN' ini, semoga beroleh satu jalan penyelesaian dalam meneroka dunia yang bermacam-macam karenah di dalamnya. Anda seorang ayah, ibu, anak, rakyat, pemimpin jua, tentunya akan berhadapan dengan dialog-dialog kehidupan ini.
Siri 3 : Merawat Luka Hati
Koleksi Cerpen Remaja Islam 3 – Merawat Luka Hati
Kini aku faham. Bila hati kosong dan resah gelisah, itulah tandanya, terlalu banyak dosa sedang kutanggung. – Disapa Angin Kesedaran
Tanpa iman, tanpa percaya pada Tuhan, kaulah insane paling lemah, perimis dan
pasif. – Memburu Bahagia
“Sebab itu aku kata kau tertarik pada Zizi tu semata-mata merana rupa dia. Tapi ingat, bunga yang cantik jarnag yang wangi. Perempuan yang cantik jarang yang
berbudi. – Merawat Luka Hati
Siri 2 : Harga Iman
Koleksi Cerpen Remaja Islam 2 – Harga Iman
Alam remaja penuh dengan dugaan, pengalaman baru dan tarikan nafsu. Tanpa pimpinan, tanpa cahaya iman, mudah sahaja golongan ini tersilap langkah.
‘Harga Iman’ adalah sebuah koleksi cerpen remaja yang menceritakan suka duka kehidupan remaja. Dipaparkan di sini reality kehidupan. Diselitkan peringatan dan pengajaran dari sudut Islam sebagai panduan. Semoga para remaja menghargai nikmat iman yang selama ini di genggaman.
Siri 1 : Demi Harga Diri
Dunia remaja antara fantasi dan realiti. Rebutlah muda sebelum tua, itulah pesan Rasul Junjungan. 'Demi Harga Diri',koleksi cerpen khusus untuk remaja Islam.
Memaparkan teladan dan pengajaran dari sebahagian kisah kehidupan remaja kini. Kerana hidup perlukan pimpinan. Untuk selamat kembali kepada Tuhan.
Himpunan Cerpen Pilihan (H/C)
Himpunan Cerpen Pilihan Jilid 1-4
Di dalam menempuh peredaran zaman yang serba kebendaan ini, penulis merasa bertanggung-jawab lantas terjun mencurahkan mutiara-mutiara buat bacaan melalui cerpen-cerpen. Ianya berupa mesej-mesej Islam yang tidak kurang berperanan sebagai model pendidikan dewasa ini. Memandangkan banyak sekali kemasukan cerpen-cerpen berunsur khayalan,percintaan,tahyul,seks dan sebagainya,secara umum boleh merosakkan kemurnian minda umat Islam.
Oleh itu duhai pembaca sekalian,tatapilah Himpuan Cerpen Pilihan ini,semoga beroleh satu jalan penyelesian dalam meneroka dunia yang bermacam-macam karenah di dalamnya.Anda seorang ayah,ibu,anak,rakyat,pemimpin jua,tentunya akan berhadapan dengan dailog-dailog kehidupan ini.
Mengungkai Kekusutan Remaja & Wanita Muslim
Masa remaja merupakan satu zaman perantaraan di antara alam
kanak-kanak dan alam dewasa. Pada waktu ini para remaja mengalami perubahan yang amat ketara dan sikap ingin tahunya amat sangat, terutama sekali yang bersangkutan dengan organ rahsia mereka. Tanpa panduan dan garis panduan yang dibekalkan oleh agama, sudah tentu mereka mudah hanyut. Tambahan pula sekarang ini banyak terdapat pengaruh luar seperti rakan sebaya, orang dewasa serta media elektronik.
Untuk itulah penulis menganggap para remaja, terutama remaja wanita perlu mengetahui pelbagai pengalaman ataupun masalah rakan-rakan remaja lain serta cara penyelesaian yang terbaik untuk mereka hadapi sekiranya ditimpa masalah yang sama. Dari itu mereka dapat memperolehi pengetahuan sehingga mampu menghadapi sebarang godaan sama ada dari dalaman ataupun luaran.
Buku ini mengungkap berbagai masalah yang sering dihadapi oleh para remaja wanita dan cara penyelesaiannya menurut kacamata Islam. Adalah diharapkan dengan terbitnya buku ini akan mendatangkan manfaat kepada para remaja.
Novel Sufi: Al-Juwairiah Hasbibi, Gadis Tabah Demi Islam
Al-Juwairiah Hasbibi- Gadis Tabah Demi Islam
Novel ini mengisahkan seorang gadis remaja yang baru sahaja mendapat hidayah dari Allah and ingin mengamalkannya. Sebagai seorang remaja yang masih di bawah tanggung-jawab ibu dan ayahnya pastilah sukar untuk dia melakukannya lebih-lebih lagi sekiranya ibu dan ayahnya bukan seorang yang beragama Islam.
Akhirnya dengan usaha gigih gadis itu dapat juga memujuk ibu bapanya untuk bersama dalam Islam. Gadis itu adalah Al-Juwairiah. Ia dikatakan gadis pertama memeluk Islam di tempatnya. Kisah ini dikutip dari kisah benar tapi telah diubah nama and tempatnya untuk menjaga kesucian nama gadis tersebut. Apa yang penting dari kisah ini semoga ianya boleh menjadi pengajaran buat remaja-remaja yang sedang berada di alam remaja.
Novel Sufi: Kebebasan Seorang Abdi
Kebebasan Seorang Abdi
Wanita yang berwajah hodoh dan berkulit hitam itu bernama Barirah. Dia telah dibeli dan dijadikan abdi oleh sepasang suami isteri yang menjadi ketua pemerintah umat Islam di waktu itu. Walaupun tidak merdeka, Barirah gembira hidup bersama mereka yang sangat mengasihinya. Barirah yang telah terpikat dengan keelokan budi bahasa mereka pula memberikan khidmat yang begitu baik sekali.
Akhirnya, terbuka hati Barirah untuk memeluk Islam. Maka, Barirah pun dimerdekakan dan dibenarkan berkahwin. Barirah selaku pengikut yang taat menyerahkan urusan perkahwinannya kepada ketuanya. Sesungguhnya calon suaminya itu adalah seorang yang memang tidak disukainya. Barirah tidak membantah. Namun, Barirah tetap tidak dapat menghilangkan rasa tidak berkenan di dalam hatinya terhadap suaminya itu. Apakah tindakan Baririah seterusnya?Apakah dia akan terus membiarkan hatinya menderita atau sanggupkah mengambil risiko menjadi seorang isteri yang derhaka?
BOOKS SEARCH









