Seerah
Sirah & Sejarah
Sirah & Sejarah
Antara Fakta Kebenaran dan Pembohongan
Kita perlu mengetahui bahawa penilaian sesuatu riwayat sirah bukanlah hanya bermula pada masa kini.Bahkan ulama-ulama terdahulu seperti al-Imam Ibn Katsir dan sebagainya telah pun menapis riwayat-riwayat sirah daripada racun-racun yang tela dimasukkan ke dalamnya. Hanya sahaja tinggal untuk kita memilih, samada ingin menjamu ramuan yang sudah ditapis atau mahu menelan bersama-sama racun yang telah digaul bersama riwayat-riwayat sirah. Perlu juga diketahui, bahawa golongan Syi'ah adalah antara yang paling banyak menciota riwayat-riwayat sirah dan sejarah, agar manifesto dan propaganda mereka disebarkan.
Oleh kerana itulah, perlunya para ulama pada masa kini, untuk merawat kembali umat yang telah diracun agar sihat daripada pembohongan oleh golongan-golongan yang mempunyai matlamat yang tersendiri untuk kepentingan duniawi. Adalah wajib hukumnya untuk menjernihkan balik sirah dan sejarah yang telah keruh, dek lumpur-lumpur yang dilemparkan oleh para syi'ah
Biografi 12 Isteri Sahabat
Buku ini memaparkan tentang isteri sahabat dan bahagian-bahagian lain yang Insya-Allah mencakup perjalanan perempuan Mukmimah yang memiliki sifat patuh, jujur, khusyuk, dermawan dan rajin menjalankan puasa. Saya harap buku ini boleh menjadi panutan dan teladan yang baik dalam rumahtangga Muslim dan dapat mengambil ibrah (pelajaran) hikmah, mauidhah, dan iman dari contoh-contoh teladan yang dapat memberi inspirasi pada sebuah kebenaran. Bagina Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda : " Tiada faedah yang lebih baik yang boleh diambil oleh seorang mukmin setelah bertaqwa kepada Allah daripada (faedah berupa) isteri solehah. Jika orang mukmin itu memerintahnya maka isteri solehah itu mematuhi. Jika orang mukmin itu memandangnya, maka isteri itu membahagiakannya. Jika orang mukmin itu memberi hak kepadanya, maka ia akan memenuhinya. Dan jika orang mukmin itu sedang bepergian, maka isteri itu menasihati dirinya sendiri (menjaga dirinya) dan hartanya."
Sesungguhnya dunia itu adalah kenikmatan dan tiada kenikmatan di dunia yang lebih baik daripada isteri solehah ia adalah perhiasan dunia.
Demikian isteri-isteri sahabat Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam. Ketika mereka mendengarkan sebuah perintah dalam kitab Allah, atau larangan dari Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam maka mereka berkata: "Kami mendengar dan patuh."
Ringkasan Sejarah Perjalanan Rasul
Allah mengutus Rasul tidak lain adalah sebagai pemberi khabar gembira sekaligus sebagai pemberi peringatan supaya tidak ada hujah bagi manusia atas Allah setelah itu.Yang pertama adalah Nuh dan yang terakhir adalah Nabi kita Muhammad saw.
Fahamilah ini : tali antara Allah dan hambaNya barang siapa yang berpegangan dengannya maka dia selamat dan sebaliknya barang siapa berlepas diri darinya maka dia hancur. Ketahuilah apa yang telah terjadi pada ayah kalian Adam dan musuh kalian Iblis juga aoa yang terjadi pada Nuh, Soleh, Ibrahim,Luth , Musa, Isa , Muhammad saw dan kaum mereka semua.
Dan ketahuilah apa yang dikisahkan oleh para ahli ilmu tentang Nabi saw dan kaumnya serta apa yang menimpa mereka di Makkah dan Madinah.Dan ketahuilah apa yang dikisahkan oleh para ulama tentang para sahabat, keadaan dan amalan-alaman mereka. Tidak lain itu semua supaya kalian mengetahui Islam dan kekufuran.Sesungguhnya Islam hari ini telah menjadi asing, kebanyakkan manusia tidak dapat membezakannya dengan kekufuran.
Nabi Allah Hud a.s & Soleh a.s
Buku ini memuatkan kisah hidup dan perjuangan para nabi yang merupakan
petikan dari kitab Qisasul Anbiya' (Kisah-kisah para Nabi) tulisan Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya'rawi.
Dalam menghuraikannya, beliau menggunakan bahasa yang sangat sederhana
sehingga mudah difahami oleh setiap orang yang membacanya. Di antara
usaha beliu dalam kitab ini adalah untuk memberikan pemahaman yang jelas bagi kaum muslimin dan siapa sahaja yang membacanya tentang hakikat agama Islam. Ia sangat banyak membuat perumpamaan-perumpamaan
yang akhrab dengan kehidupan nyata yang dialami oleh majoriti manusia.
Ia dapat membuka alam fikiran manusia dengan memberikan pemahaman yang jelas. Sehingga orang-orang yang mendengar ceramahnya seakan tidak ingin berdiri dari tempat dudukannya kerana telah merasakan betapa nikmatnya duduk bersama seorang syeikh yang telah diberi ilham oleh
Allah untuk menjelaskan isi al-Qur'an.

Nabi Allah Adam a.s

Allah untuk menjelaskan isi al-Qur'an
BOOKS SEARCH