Tafsir
Kisah Israiliyat Dalam Tafsir & Hadith
Sebagaimana sedia maklum, kisah-kisah Israiliyat (Bani Israil) begitu luas tersebar ke dalam minda umat Islam seluruh dunia melalui pelbagai bentuk penulisan. Keadaan ini amat membimbangkan kerana persoalan Israiliyat ini berkait rapat dengan masalah akidah seseorang.
Buku ini yang merupakan hasil terjemahan daripada kitab "al-Israiliyat fi al-Tafsir wa al-Hadith" menerangkan serba sedikit contoh-contoh Israiliyat yang tersebut. Di samping itu, buku ini juga membahaskan sejauh mana kebenaran Israiliyat tersebut, bagaimana sikap umat Islam
di dalam menghadapinya, bagaimana hendak mengenal pasti dan juga saranan-saranan untuk membendung cerita-cerita Israiliyat ini daripada terus tersebar dan mempengaruhi pemikiran umat Islam seluruhnya. Ianya
banyak menyentuh persoalan Israiliyat yang terkandung di dalam kitab-kitab tafsir khususnya dan kitab-kitab hadith umumnya, kerana kedua-keduanya merupakan rujukan utama seluruh umat Islam.
Menghayati Pesan Allah Dalam Ayat-ayat Lazim
Buku ini merupakan tafsir ayat-ayat Al-Qur'an yang sering kita amalkan.
Antaranya surah-surah lazim yang menjadi amalan alam kehidupan seharian
kita, iaitu surah al-Fatihah, awal surah al-Baqarah, ayat Kursi dan
akhir daripada surah al-Baqarah.
Dengan memahaminya, pembaca akan dibawa kepada pemahaman yang sempurna
sehingga dapat benar-benar menhayati pesan Allah yang terkandunag di dalamnya.
Semoga ia berguna bagi umat Islam bagi menerajui kejayaan dalam kehidupan
dunia dan akhirat.
Menghayati Pesan Allah Dalam Ayat-ayat Lazim
Buku ini merupakan tafsir ayat-ayat Al-Qur'an yang sering kita amalkan.Antaranya
surah-surah lazim yang menjadi amalan dalam kehidupan seharian kita, iaitu surah
al-Fatihah, awal surah al-Baqarah, ayat Kursi dan akhir daripada surah al-Baqarah.
Dengan memahaminya, pembaca akan dibawa kepada pemahaman yang sempurna sehingga da
dapat benar-benar menghayati pesan Allah yang terkandung di dalamnya. semoga ia
berguna bagi umat Islam bagi menerajui kejayaan dalam kehidupan dunia dan
akhirat.
BOOKS SEARCH









