Tasawwuf

Wadah Minuman Suci Orang Sufi

RM 7.90

Sesetengah ulama' yang bergerak menuju kepada Allah Taala adalah umpama orang yang ingin bermusafirmemutuskan setiap marhabah (perhentiannya).Jadi, tak dapat tidak orang yang bermusafir dalam sepanjangperjalanannya itu adalah orang yang mu'alim (guru/sifu) yang tahu selok belok tentang jalan yang dilaluinya itu juga memerlukan bekalan, kenderaan, teman/ sahabat dan alat senjata untuk menghadapi dan menentang musuhnya agar dapat menakutkannya.
Demikian jugalah bagi orang yang salik, tak dapat tidak perlu keapda Syeikhnya (Mursyid) untuk menjalankannya (memandunya), yang 'Arif dan tahu tentang perjalanan Tharekatnya yang sudah pun dijalaninya (dilaluinya).Malahan, beliau mengetahui yang baik dan jahatnya, dan tak dapat tidak perlu juga kepada bekalan, iaitu Taqwa Allah dan memerlukan kenderaannya, iaitu Himmah (semangat kemahuan yang keras).
 

Your rating: None Average: 1.7 (3 votes)

Fathur Rahman Syarah Risalah Wali Al-Ruslan

RM 7.90

Kitab tasawuf yang kecil ini disusun dan dikumpul semula hasil daripada terjemahan Al-Alim Al-'Allamah
wal Fahamah Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah Al-Banjari ra, hasil karya Syeikh Raslan yang berjudul "Fathur Rahmam" - Syarah Risalah Wali ar-Raslan. Kitab ini banyak menyentuh perjalanan si Salik dan pengalaman-pengalaman yang dilalui sepanjang perjalanannya menuju ke Hadhratil Quds sehingga menjadi orang 'Arif Billah.

Your rating: None Average: 2.3 (4 votes)

Qamarul Huda (Bulan Petunjuk)

RM 10.90

Adapun Alam Hakikat itulah yang dinamakan "Ilmu Kaum Sufi". Maka ini bererti
ilmulah sahaja yang dapat menyampaikan kita kepada pengetahuan Tuhan kita
dan diri kita. Sehingga dikatakan sudah terbentang beberapa nas yang begitu jelas
dan terang daripada beberapa buah kitab seperti Al-Fatwa al-Haditsiyyah oleh Al-'Arif
billah Syeikh Ibnu Hajar dan lain-lain yang melarang sama sekali muthala'ah kitab kaum
Sufi.
Ini bukan bererti dilarang kepada orang-orang ahlinya mengarang atau mengajar atau
mempelajarinya tetapi sesungghnya sudah menjadi kewajipan orang-orang seumpama
itu menghidupkan "Ilmu Kaum Sufi" (Alam Hakikat) itu kerana sudah hampir pupus
dan tidak ada ahlinya lagi.

Your rating: None Average: 1.7 (3 votes)

Athiyyah Ar-Rahman (Kurniaan Ilahi)

RM 7.50

Berkata Syeikh Muhiyuddin Ibnu 'Arabi' ra:
"Sirath Al-Mustaqim itu mempunyai tujuh jambatan, setiap satu jambatan
perjalanannya selama 3000 tahun, iaitu 1,000 tahun naik, 1,000 tahun berjalan betul
dan 1,000 tahun turun."
 
Justeru pada:
Jambatan yang pertama: Mereka akan ditanya tentang imannya.
Jambatan yang kedua: Mereka akan ditanya tentang kesempurnaan solatnya.
Jambatan yang ketiga: Mereka akan ditanya tentang zakatnya.
Jambatan yang keempat: Mereka akan ditanya tentang puasanya.
Jambatan yang kelima: Mereka akan ditanya tentang haji dan umrahnya.
Jambatan yang keenam: Mereka akan ditanya tentang perkara air sucinya.
Jambatan yang ketujuh: Mereka akan ditanya tentang mazhalim.

Your rating: None Average: 1.7 (3 votes)

Syarah Hikam Abi Madyan

RM 48.00

Kitab Syarah Hikam Abi Madyan ini merupakan terjemahan dan ulasan daripada seorang 'Ulama' yang tersohor sejak dulu sehingga kini, iaitu Qutub Ad-Din Al-'Alim Al-'Alamah Al-'Arif Al-Rabbani As-Syeikh Daud bin Syeikh Wan Abdullah Al-Fattani ra. Kitab ini merupakan suatu karya yang sangat berharga lantaran begitu banyak rahsia-rahsia perjalanan dan pengabdian sufi didedahkan secara terbuka yang sangat sedikit orang-orang awam seperti kita ini mendengarnya apatah lagi meminatinya. Oleh itu, janganlah cepat melenting dan tergesa-gesa menuding jari mengatakan ilmi ini sesat dan tidak betul.Untuk memahaminya agak sukar terutama orang yang kurang atau langsung tidak tahu tentang ilmi ini(ilmu Ahli Tasawuf).

Ilmu tasawuf adalah ilmu rasa ilmu dzauf. Sesiapa yang merasai dan mengalaminya, sendiri akan faham dan mengetahuinya. Untuk merasainya perlulah memasuki dan mengembara pada jalan kerohanian yang dibimbing oleh guru Mursyid yang kamil mukammil lagi Akmal yang sudah merasai dan bergelumang dalam alam Misal, alam Arwah, alam Malakut, alam Jabarut, alam Lahut, alam Yahut dan alam Hahut (sila lihat dan rujuk dalam carta / rajah Hakikat Ilmu Tanazzul / Martabat Tujuh Hadhrat Insan yang ada pada Syeikh Mursyid masing-masing). Ilmu ini juga dinamakan ilmu Laduni, ilmu yang datang terus dari Majlis Ketuhanan yang tidak perlu dipelajari,bahkan tidak ada jalan untuk dipelajari dariapda sesiapa pun. Hanya ia adalah kurniaan khusus daripada Allah Taala yang diberikan kepada hambaNya yang pilihan dan utama.

Your rating: None Average: 5 (2 votes)

Silsilah Amalan Hati

RM 59.00

Urusan berkaitan dengan hati merupakan masalah serius yang sangat penting untuk diambil perhatian, memandangkan dalam jasad manusia hati merupakan satu-satunya organ tubuh yang banyak berperan. Hati adalah kurniaan Allah yang paling berharga, sekiranya hati seseorang itu baik maka baiklah seluruh anggota tubuh manusia itu.

Apabila seseorang hendak melakukan suatu pekerjaan atau amalan, maka hati adalah sebagai tenpat bergantung, hati akan berperan mengawal serta memberikan panduan sama ada amal perbuatan yang akan dikerjakan itu baik atau buruk. Sesuaikah amalan itu dengan perintah syarak atau sebaliknya.Maka hendaknya hati sentiasa dijaga agar bersih, suci dari segala penyakit yang zahir mahupun yang batin.

Perlunya mendidik hati dengan amalan-amalan wajib yang harus dilakukan adalah menjauhkan dari penyakit seperti riya, hasad, sum'ah, kufur nikmat, tamak haloba dan lain-lain penyakit berbahaya yang boleh membawa kepada kemurkaan Allah SWT. Justeru penyakit hati itu akan memudaratkan bagi pelakunya sama ada di dunia akan mengalami kesengsaraan sedangkan di akhirat kelak akan mendapat tempat kembali yang paling buruk iaitu neraka.Nauzu billahi min zalik.

Buku yang kini berada di hadapan pembaca telah membincangkan silsilah amalan hati dengan huraian sitematik dan mudah difahami, dengan menelaahnya Insya-Allah ia akan membantu kita mempersiapkan diri menuju keredhaan Allah dengan penuh kebahagiaan dan kesejahteraan.
 

No votes yet

Perisai Bagi Sekalian Mukallaf

RM 49.00

Ketahuilah olehmu hai mukallaf bahawasanya ilmu Usuluddin itu
semulia-mulia ilmu, kerana kemuliaan ilmu itu adalah ia dengan sebab mulia yang diketahui, dan hajat sekalian hamba kepadanya di atas hajat dan berkehendak mereka itu kepadanya lebih daripada berkehendak mereka itu kepada makanan dan minuman kerab bahawasanya tiada ada hidup bagi segala hati dan tiada kesenangan baginya melainkan dengan bahawa mengenal ia akan Tuhan yang menjadikannya, dengan segala namaNya dan sifatNya dan perbuatanNya, dan jalan bagi salaf (sahabat dan tabi'in dan itba tabi'in) lebih sejahtera, kerana barang yang ada padanya selamat daripada menentukan makna yang berangkali tiada menghendaki akan dia oleh Allah swt dan mazhab mereka itu lebih baik kerana mereka itu sebaik-baik kurun.

Your rating: None Average: 4.5 (2 votes)

Siri Ilmu Tasawuf Syarah Hikam Tok Pulau Manis

RM 65.00

Kitab inilah yang patut dipelajarinya. Umpama emas sudah diujinya. Dan juga umpama makanan yang terhidang. Dan yang lain itu tudung sajinya.Dan juga umpama buah-buahan.Isinya dan minyak dalam bijinya. Kerana ialah menyampaikan kepada Tuhan. Lagi besar pahala dan gajinya. Dan yang mendapat ilmunya dan mengamalkan.Orang itulah yang sebenar dipujinya.Syurga itulah kediaman yang kekal. Ilmu ini pintunya dan bajinya.Dan yang jahil tentangnya api neraka.Selar sengat tikaman gergajinya. Ya Rabb, kurniakanlah futuh-Mu. Bagi setiap hamba yang mengajinya.

Your rating: None Average: 4.9 (15 votes)

Irshaadul 'Ibad Ila Sabilir Rasyaad : Ke Arah Petunjuk Yang Sebenar

RM 7.90

Ketahuilah wahai orang yang inginkan kemenangan dunia dan akhirat, yang terbuka mata hatinya dengan nur yakin, sesungguhnya perjalanan untuk sampai kepada Allah S.W.T adalah dengan cara mengikut pengh

Your rating: None Average: 4.3 (6 votes)

Siri Ilmu Tasawuf Penawar Bagi Hati : Akhlak Yang Murni

RM 12.90

Siri Ilmu Tasawuf Penawar Bagi Hati.
Akhlak Yang Murni.

Your rating: None Average: 5 (3 votes)