Kehidupan Zaman ini yang mengutamakan aspek kebendaan telah mengakibatkan
umat manusia mengalami kegersangan mental dan ketandusan rohani di samping
lupa bahawa di sebalik apa yang berlaku merupakan kehendak Allah. Mereka akhirnya
berjiwa lemah dan tidak mampu lagi menghadapi pelbagai dugaan apatah lagi
berserah diri sepenuh hati kepada Allah.Peluang inilah yang digunakan oleh syaitan
untuk merasuk ke dalam jiwa manusia.
Apakah penyelesaian syariat Islam bagi menyelamatkan seseorang yang dimasuki
gangguan syaitan berupa sihir, kerasukan, guna-guna dan lain-lain? Bagaimana
cara mengenal pasti bahawa seseorang yang di masuki gangguan syaitan berupa
sihir, kerasukan, guna-guna dan lain-lain? Bagaimana cara mengenal pasti bahawa
seseorang itu terkena sihir atau kejiwaan yang lain? Apa pun bacaan-bacaan
ruqyah yang dibenarkan oleh Islam?
Buku ini mengajarkan anda bagaimana cara meruqyah diri sendiri, keluarga atau
sahabat handai yang terkena sihir atau diganggu syaitan dengan ayat-ayat
suci al-Quran al-Karim dan doa-doa ma'surat yang hasilnya telah pun terbukti
berkesan. Dengan buku ini, anda seakan menjadi guru bagi diri anda sendiri kerana
anda tahu bagaimana cara meuuqyah, mengubat dan menghalau segala bentuk gangguan
iblis dan syaitan.