Isu-isu Fiqh Antara Mazhab

image


Author : Asmaji Muchtar / Naufal Ahmad Rijalul Alam
Pages : 1176, Hardcover
Our Ref : JC-2419
ISBN : 978-967-308-522-4

No votes yet
Isu-isu Fiqh Antara Mazhab

Synopsis :

Buku yang bertajuk isu-isu Fiqh Antara Mazhab ini adalah sebuah karya yang didasarkan kepada beberapa kitab fiqh seperti al-Umm karangan Imam al-Shafi'i, al-Muwatha karangan Imam Malik, Musnad karangan Ibn Hanbal, Bidayah al-Mujtahid karangan Ibn Rusyd, al-Fiqh 'ala Mazahib al-Arba'ah karangan Abdur Rahman al-Jazairi, Fiqh al-Sunnah karangan Sayid Sabiq dan sebagainya. Perbincangan yang terkandung di dalam buku ini difokuskan kepada masalah ibadah, halal haram dan muamalat. Penekanan terhadap masalah ini didasarkan pada reality yang berlaku bahawa masih ramai kaum muslimin sehinga kini belum memahami erti perbezaan dalam masalah fiqhiyah. Munculnya tradisi kemazhaban sering difahami sebagai reality perselisihan yang menjurus kepada perpecahan umat.

Perbezaan pendapat atau pemahaman dalam fiqh yang berkaitan dengan masalah furu'iyah adalah sesuatu yang biasa kerana dasar-dasar yang dijadikan perbezaan itu berasal dari sumber yang sama, iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Jika dalam memahami penafsiran kedua-dua sumber ini berbeza, tidak bererti ijtihad yang dilakukan oleh mazhab tidak benar. Kemunculan perbezaan persepsi mazhab merupakan khazanah kekayaan intelektual yang menawarkan pelbagai pilihan bagi kita untuk diimplementasikan dalam ibadah. Hayatilah sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang menyebut bahawa perbezaan yang berlaku dalam kalangan umatnya merupakan suatu rahmat. Semoga buku ini dapat memberi sumbangan yang bermanfaat dalam memperbetulkan persepsi kita terhadap permasalahan furu'iyah yang seharusnya tidak perlu dirumitkan.

Price: RM 135.00

Related Books on Same Category

image
Fiqh Islam Mudah
PJ Ref : PJ-2562
RM 19.90
PJ-1968.jpg
Fiqh Keutamaan (Fiqhul Aulawiyyat)
PJ Ref : PJ-1968
RM 49.00
image
Siri Fiqh 4 Mazhab : Sumpah
PJ Ref : PJ-2241
RM 14.90
Mutiara Fiqih
PJ Ref : PJ-0262
RM 50.00