Kesan Hadith-hadith Da’if & Mauduk Terhadap Aqidah Islam

image


Author : Abd Al - Rahman Abd Al - Khalik
Pages : 94, Paperback, Paperback
Our Ref : PJ-1029
ISBN : 983-170-369-3

Your rating: None Average: 4.5 (2 votes)
Kesan Hadith-hadith Da’if & Mauduk Terhadap Aqidah Islam

Synopsis :

Dalam Islam sumber perundangan Islam yang utama ialah al-Qur’an dan juga al-Hadith. Al-Hadith bertindak sebagai menjelaskan keterangan-keterangan yang bersifat umum yang terdapat di dalam al-Qu’ran. Oleh kerana al-Hadith memainkan peranan yang penting selepas al-Qu’ran di dalam perundangan Islam, maka tidak hairanlah ada usaha dari kalangan musuh-musuh Islam untuk memasukkan sesuatu yang bukan al-Hadith ke dalam kategori al-Hadith, akibatnya banyak berlaku kepincangan dalam masyarakat Islam. Timbul pendewaan terhadap peribadi Rasulullah secara berlebihan, sanjungan kepada puak dan kabilah secara keterlaluan dan lain-lain lagi. Akibatnya ajaran Islam menjadi kacau bilau dan haru biru. Antara Hadith yang banyak menimbulkan kesan buruk kepada masyarakat Islam ialah Hadith da’if dan juga rekaan (mawduk). Oleh kerana terlalu percaya dengan hadith-hadith ini, sesetengah masyarakat Islam secara tidak langsung telah menolak hadith-hadith sahih di dalam amalan-amalan seharian mereka. Akibatnya timbul kepincangan dalam mengamalkan ajaran Islam yang maha suci. Amalan yang sepatutnya bersifat pinggiran dibesar-besarkan, manakala amalan yang bersifat asas dan utama diketepikan begitu sahaja. Sehubungan dengan itu, umat Islam di zaman ini khususnya mereka yang terlibat secara langsung dalam gerakkerja dakwah di kalangan masyarakat Islam, perlu mendalami betul-betul tentang ilmu Hadith dan yang berkaitan dengannya, dengan merujuk kepada kitab-kitab Hadith yang muktabar yang banyak terdapat di dalam pasaran sekarang. Kegagalan mengenal pasti kedudukan Hadith-hadith tersebut akan memudahkan seseorang terjerumus ke lembah pendustaan terhadap peribadi Rasulullah SAW.

Price: RM 6.90

Related Books on Same Category

image
Mempertahankan Sunnah: Anti -Hadis
PJ Ref : PJ-2120
RM 48.00
image
Mukhtasar Sunan Al-Tirmidzi
PJ Ref : JC-2509
RM 150.00
image
Mukhtasar Sunan Al-Nasa'i
PJ Ref : JC-2512
RM 160.00
Mari Mengenal Ilmu Hadith
Mari Mengenal Ilmu Hadith
PJ Ref : PJ-1745
RM 7.90