1400 tahun lalu, Allah Azza Wajalla telah mewahyukan Al-Qur’an sebagai sebuah kitab panduan dan menyeru agar umat manusia berpegang kepadanya sebagai satu-satunya jalan menuju kebenaran.Bermula saat ia diwahyukan sehingga ke saat pengadilan kelak, kitab suci ini akan kekal sebagai satu-satunya panduan bagi umat manusia.Kehebatan uslub dan kandungan hikmah yang tiada tandingan di dalam Al-Qur’an adalah dalil yang jelas bahawa ia adalah Kalamullah. Selain itu, ia turut mengandungi pelbagai mukjizat kebenaran yang membuktikannya adalah wahyu kudus dariNya. Salah satunya ialah sejumlah kebenaran saintifik yang hanya mmapu disingkap melalui kemajuan teknologi abad-20, sebenarnya telah pun diungkapkan di dalam Al-Qur’an 14 abad yang dahulu.
Apa yang jelas, Al-Qur’an bukanlah sebuah kitab sains. Namun, sejumlah fakta yang dinyatakan dengan jelas dan tepat, yang amat mustahil untuk diketahui di saat Al-Qur’an diwahyukan, hanya amat mustahil untuk diketahui di saat Al-Qur’an diwahyukan, hanya berjaya didedahkan melalui kecanggihan teknologi mutakhir abad-20 dan 21 ini. Fakta ini jelas sebagai indikasi akan dalil bahawa Al-Qur’an hakikatnya adalah Kalamullah s.w.t.
Di dalam buku ini juga, kita akan melihat mukjizat Al-Qur’an berhubung perkhabaran mengenai masa hadapan dan dari sudut sejarah peradaban.