Fikah Zikir

image


Author : Khairuddin Said
Pages : 440, Paperback
Our Ref : PJ-2475
ISBN : 978-967-308-555-2

Your rating: None Average: 5 (1 vote)
Fikah Zikir

Synopsis :

Tidak diragui lagi bahawa zikir dan doa atau disebut secara umumnya zikir merupakan sebaik-baik ibadah.Ibadah pula dibina di atas konsep tawqif iaitu ketetapan agama dan itba' iaitu mengikut panduan Rasulullah saw dan bukan hawa nafsu atau ciptaan manusia. Sifat Jawami' al-Kalim yang terkandung makna kehebatan dalam bahasa dan makna melingkari amalan zikir Rasulullah saw yang tidak mampu dinilai semata-mata melalui pancaindera tetapi keimanan kepada Rasulullah saw meyakinkan kelebihan tersebut. Zikir Rasulullah saw juga diterima oleh Allah dan menjadi amalan yang terbaik dan perlu diikuti. Sewajarnya menjadi satu iltizam dalam kalangan muslim untuk mempelajari dan mengamalkan zikir yang disebut oleh al-Quran dan diriwayatkan dengan sahih daripada Rasulullah saw.

Buku Fikah Zikir memfokuskan perbincangan tentang fikah atau kefahaman berkaitan dengan zikir meliputi defenisi, kepentingan, pensyariatan, faedah, cara doa yang mustajab, waktu yang terbaik, kualiti doa, isu berkaitan dengan zikir pelbagai riwayat, selawat dan kelebihan majlis zikir. Seterusnya dikemukakan pula doa-doa yang diamalkan oleh golongan solehin terutamanya para Nabi yang terakam di dalam al-Quran. Zikir-zikir yang diamal serta diajarkan oleh Rasulullah saw dipersembahkan setelah merujuk kepada sumber-sumber yang asal dan utama.

Matlamat penyusunan buku ini untuk memberi sumbangan bagi melahirkan muslim yang berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw sehingga mampu menjadi insan yang disebut oleh al-Fudayl bin al-Iyad:

"Insan yang terbaik ialah insan yang berpegang teguh dengan Sunnah."

Price: RM 29.90

Related Books on Same Category

PJ-2063.jpg
Doa Senjata Mukmin (sm)
PJ Ref : PJ-2063
RM 20.00
Himpunan Soal Jawab Agama
Himpunan Soal Jawab Agama
PJ Ref : PJ-0305
RM 13.00
PJ-1927.jpg
Hebatnya Kuasa & Keajaiban...
PJ Ref : PJ-1927
RM 10.90
Di Jalan Allah Fiisabiilillah
PJ Ref : PJ-1173
RM 7.90