Hukum Berjimak Di Bulan Ramadhan

image


Author : Dr Muslim Muhammad Jaudat Yusuf
Pages : 99, Paperback
Our Ref : PJ-1629
ISBN : 983-170-832-6

Your rating: None Average: 5 (1 vote)
Hukum Berjimak Di Bulan Ramadhan

Synopsis :

Puasa Ramadhan adalah ibadah yang perlu dijaga dan dipelihara dari dicemari dengan perbuatan yang boleh membatalkannya dan mengurangkan ganjaran pahalanya. Di dalam kehidupan kita seharian banyak amalan dan perbuatan yang tidak diketahui samada ia boleh membatalkan puasa ataupun tidak. Antara amalan yang sering diragui dan tiada kepastian yang jelas bagi kebanyakan umat Islam pada hari ini ialah persoalan dan hukum bersetubuh bersama isteri pada siang hari bulan Ramadhan dan perkara-perkara yang berhubung dengannya termasuk mencium isteri serta berseronok bersama mereka dengan bersentuhan kulit ketika melaksanakan ibadah puasa.Persoalan ini perlu dibincang, dikaji secara teliti oleh umat Islam supaya mereka mendapat keterangan yang jelas dalam masalah ini demi menjaga ibadah puasa yang dilaksanakan agar mnedapat ganjaran yang sewajarnya daripada Allah swt.

Buku ini membicarakan secara khusus mengenai hukum orang yang melakukan jimak ketika berpuasa di bulan Ramadhan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Ia dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama berhubung dengan masalah dan hukum orang yang melakukan jimak dengan sengaja di bulan puasa dan kaffarah (denda) yang wajib ditunaikannya kerana kesalahan tersebut. Ia juga membahaskan tentang hukum orang yang jimak kerana terlupa, tersilap dan terpaksa. Bahagian kedua pula membahaskan tentang hukum mencium dan berseronok bersama isteri dengan bersentuhan kulit yang tidak sampai kepada jimak. Penulis mengemukakan banyak pendapat para fuqaha tentang masalah ini dan mengemukakan semula dalil-dalil mereka berdasarkan Al-Quran dan Sunnah an para akhir setiap kajian penulis mentarjihkan atau memilih pendapat paling kuat dan bertepatan dengan nas-nas Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai pegangan dan hukum yang patut digunapakai oleh umat Islam. Akhir sekali, diharapkan buku ini dapat menjadi panduan dan pedoman kepada seluruh umat Islam yang prihatin dengan masalah-masalah yang berkaitan ibadah mereka.

Price: RM 6.90

Related Books on Same Category

Petua Melahirkan Dan Panduan Mendidik Zuriat Cemerlang
Petua Melahirkan Dan Panduan...
PJ Ref : PJ-0052
RM 9.90
Mengatasi Masalah Hamil &...
PJ Ref : PJ-0919
RM 18.90
Nama Nama Islam
Nama Nama Islam
PJ Ref : PJ-0014
RM 8.00
Hak-Hak Anak Perempuan Dalam Islam
Hak-Hak Anak Perempuan Dalam Islam
PJ Ref : PJ-0542
RM 8.90