Pengaruh Pemakanan Terhadap Rohani Dan Jasmani

image


Author : Anuar Abu Bakar
Pages : 118, Paperback ,
Our Ref : PJ-0347
ISBN : 983-077-403-1

Your rating: None Average: 5 (2 votes)
Pengaruh Pemakanan Terhadap Rohani Dan Jasmani

Synopsis :

SETIAP makhluk yang mempunyai nafsu, memerlukan makanan dan minuman. Tetapi berapa ramaikah orang yang memikirkan apakah kesan atau pengaruh pemakanan yang dimakan pada setiap hari terhadap rohani dan jasmani. Pada zaman ini kita telah dilalaikan dengan memilih makanan hanya untuk pertumbuhan jasmaniyang akan hancur dimakan ulat dan cacing. Kita lupa mencari makanan yang boleh membentuk jasmani dan rohani yang sihat. Allah dan Rasulullah saw. telah memberi panduan kepada kita supaya memilih makanan yang sihat, bersih lagi boleh membina pertumbuhan rohani yang sempurna. Firman Allah swt. di dalam Al Quran :

" Wahai manusia makanlah sebahagian makanan yang ada dimuka bumi ini yang halal dan yang baik. Janganlah mengikut langkah-langkah (kehendak-kehendak) syaitan. Sesungguhnya ia merupakan musuh kamu yang nyata. "

Di dalam ayat di atas Allah swt. telah menggunakan lafas amar (perintah). Mengikut kaedah usul fiqh setiap suruhan adalah wajib, tetapi oleh kerana makan dan minum itu urusan keduniaan maka Allah dan Rasul saw tidak menentukan banyak atau sedikitnya. Tidak pula ini satu paksaan, oleh itu di dalam masalah suruh makan bukanlah perkara wajib. Sesuatu yang tidak wajib di dalam hal keduniaan tersebut dinamakan mubah ( boleh makan atau tidak). Allah swt telah melarang supaya kita tidak berlebih-lebihan di dalam pemakanan. Mkanlah makanan yang baik-baik (halal lagi suci). Jangan kita memakan makanan yang haram atau apa yang diseru oleh syaitan seperti memakan riba, rasuah, menipu, mencuri, minum arak atau sebagainya.

Price: RM 7.00

Related Books on Same Category

Madu Lebah (sm)
PJ Ref : PJ-0749
RM 2.50
image
Ruqyah Shar'iyyah
PJ Ref : PJ-2522
RM 15.90
Rawatan Dalam Islam
PJ Ref : PJ-1327
RM 13.90
Air Zamzam Penawar Segala Penyakit
Air Zamzam Penawar Segala Penyakit
PJ Ref : PJ-0808
RM 5.50