Himpunan Kisah-Kisah Para Solihin

image


Author : Salma Muhammad
Pages : 217, Paperback,
Our Ref : PJ-0301
ISBN : 983-077-331-0

Your rating: None Average: 3.5 (2 votes)
Himpunan Kisah-Kisah Para Solihin

Synopsis :

MEMBACA buku 'Himpunan Kisah-Kisah Para Solihin' ini akan timbul di hati para pembaca perasaan yakin dan ragu. Jika anda yakin tidak semua ceritanya yang anda yakini tetapi sekiranya anda tidak yakin, tidak semua ceritanya yang anda tidak yakin.

Tetapi walaupun ceritanya ada yang pelik-pelik dan luar dari logika pemikiran kita tidak seharusnya menolak dengan begitu saja. Kerana realitinya banyak perkara-perkara yang pelik-pelik telah berlaku di depan mata kita. Sama ada kita sedar atau tidak, perkara-perkara itu tetap berlaku bertetapan pula dengan masa dan zaman.

Antara benda-benda yang dianggap pelik dan ajaib ialah komputer yang mempunyai unit yang seni tetapi dapat menyimpan beribu-ribu maklumat, tv, talipon, telex fax dan lain-lain lagi. Itu semua dianggap pelik pada zaman dahulu tetapi oleh sebab sudah biasa, keajaibannya tidak ada lagi. Mengapa anda mempercayainya. Sedangkan itu semua adalah ciptaan manusia yang mempunyai akal fikiran yang diberikan oleh Allah. Tetapi mengapa anda tidak mahu mempercayai ciptaan Tuhan itu sendiri yang dianugerahkan kepada hambaNya yang terpilih?

Jadi jika kita tidak mampu mengenal perilaku orang-orang solihin ini, janganlah pula kita mudah-mudah menolak ceritanya. Sebab sudah ada firman dari Allah menceritakan sifat-sifat mereka itu:

Ingatlah, bahawa sesungguhnya para wali itu tiada mereka takut dan tiada berdukacita, iaitu mereka yang beriman dan mereka sebenarnya bertaqwa. Mereka mendapat berita gembira di kehidupan dunia dan di hari akhirat, tiada perubahan lagi bagi ketentuan Allah, itulah dia keberuntungan yang besar.

Price: RM 13.00

Related Books on Same Category

PJ-1794L.jpg
Kisah Orang-Orang Yang Bertaubat (...
PJ Ref : PJ-1794
RM 10.90
image
57 Kisah Benar & Sahih Dalam...
PJ Ref : PJ-2334
RM 65.00
Kesabaran Seorang Wali
PJ Ref : PJ-1298
RM 5.90
Kisah-kisah Yang Menyentuh Hati -...
PJ Ref : PJ-0961
RM 10.90