Umum
Permasalahan Umat Islam Hari ini
Keadaan masyarakat Islam di negara kita hari ini berada pada tahap yang membimbangkan. Tidak lagi seperti dahulu di mana ajaran agama Islam yang meliputi akidah tauhid, fekah, adab dan akhlaknya diutamankan untuk kemantapan pembangunan insan bagi mengharungi kehidupan sehari-hari serta mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Kemajuan IT dan teknologi juga menyebabkan sebilangannya hanyut kerana terlalu banyak menghabiskan masa bersama dengan gadget-gadget modern serta ramai pula yang melekat berjam-jam di hadapan komputer melakukan perkara yang tidak mendatangkan faedah. Persekitaran kita manusia berlumba-lumba mengejar kemuliaan serta harta dunia yang tidak kekal ini sehingga sanggup melakukan perkara terkutuk.
Pegangan cara hidup. adab dan akhlak semuanya telah diajarkan oleh Rasulullah saw sejak 1400 tahun yang lalu. Hanya lagi ia telah lama ditinggalkan atau tidak diperingatkan kepada kita. Tujuan sebenar lahirnya buku ini adalah untuk berkongsi formula-formula serta pengalaman yang meliputi bimbingan, amalan, adab dan akhlak, menjadi muslim yang mukmin. Ia juga ditulis menerusi pemerhatian dan pengamatan penulis terhadap keadaan dan permasalahan masyarakat umat Islam hari ini.
Bagaimana Seharusnya Umat Islam Berinteraksi Dengan Sya'ir , Nyanyian dan Muzik
Untuk perincian, penjelasan, meluruskan dan meletakkan persoalan muzik ini secara adil, kita perlu melihat bentuk-bentuk penjelasan yang dikemukakan oleh al-Qur'an, as-Sunnah, dan tafsiran para ulama Ahlus Sunnah wal Jama'ah generasi awal Islam. Kita perlu melihat bagaimana para ulama awal Islam berinteraksi dengan muzik.
Mengapa Umat Islam Terlantar Mundur?
Umat Islam hari ini seolah-olaj terpinggir jauh ke belakang, umat Islam bagaikan umat yang teraniaya terumbang-ambing ke sana dan ke sini.
Mereka seolah-olah tiada tempat pergantungan untuk mengadu nasib dan masalah yang menimpa diri mereka. Sebabnya ialah kerana faktor kejahilan, mereka tidak dapat mengikis dan membasmikan sifat-sifat kejahilan yang ada pada diri dan mereka menyangka bahawa sifat-sifat tersebut bukanlah suatu permasalahan, maka dengan sangkaan inilah yang menyebabkan mereka hidup dalam keadaan menderita walaupun di tanah air mereka sendiri. Justeru itu pula, faktor sikap umat Islam itu sendiri yang tidak mahu berubah dan tidak mahu mencipta tamadun hidup baru yang lebih membina menyebabkan mereka berada dalam keadaan tahap yang lama, seolah-olah sudah cukup dengan apa yang ada. Sepatutnya mereka perlu mencari peluang yang ada untuk mencapai impian dalam membaiki kehidupan hari ini,
Banyak lagi faktor-faktor yang menyebabkan umat Islam menjadi mundur yang kami kupaskan dalam buku ini semoga ianya dapat memberi kesedaran kepada sekalian umat Islam untuk terus bangkit dari kelalaian hidup.
Muhammad saw Di Mata Kaum Orientalis
Ajaran akidah Islam yang begitu sempurna menjadikan orang mengakuinya sebagai agama mulia. Sebab ia dibawa oleh seorang nabi agung dengan petunjuk kitab suci yang berisi kebenaran.
Banga barat sepakat bahawa Islam adalah agama dunia, sementara Muhammad saw adalah rasul kepada seluruh manusia. Al-Qur'an adalah petunjuk jalan keluar. Mereka juga sepakat bahawa perumpamaan peradaban Islam dengan peradaban yang lain seperti bulan dan bintang. Salah seprang presiden Amerika yang merupakan negara berkuasa mengakui hal ini dengan berkata:
"Sesungguhnya apa yang kita nikmati sekarang ini mengenai kemajuan peradaban tidak lepas dari bangsa barat Muslim masa lalu, Sebab mereka adalah orang yang pertama kali menentukan rumus keilmuan mengenai manusia, kedoktoran, perbintangan,kimia, sastera,akhlak dan lain-lain, kita juga tidak boleh melupakan bahawa ilmu hitung (hisab) dan ilmu jabar (matematik) juga berasal dari kaum Muslimin Arab."
Mari kita buka lembaran kitab ini, maka anda akan merasakan pengalaman yang mendalam, kecintaan dan ketakjuban tiada tara mengenai kebaikan agama Islam, nabi dan kitab suci Al-Qur'an. Semoga kita mendapatkan pelajaran darinya, jika kita benar-benar orang yang termasuk ulil albab.
Islam & Globalisasi
Buku ini mendedahkan betapa dahsyatnya cabaran globalisasi yang sedang kita hadapi dan juga kesannya terhadap pola kehidupan dan pemikiran generasi hari ini, di mana perilaku dan pola berfikir umat Islam di alam Melayu yang majority menganut agama Islam telah banyak mengalami krisis budaya, pemikiran yang jauh dari nilai-nilai Islam.Mahu tidak mahu msti kita hadapi cabaran globalisasi ini, iaitu dengan sentiasa memegang kuat terhadap ajaran agama, sehingga kita dapat menyelamatkan moral dan akidah umat ini.
Antara Sunnah Dan Bid'ah
Sekalipun al-Sunnah dan al-Bid'ah merupakan dua kalimah yang mula diperkenalkan oleh Nabi s.a.w namun hingga hari ini, ada di kalangan umat Islam yang tidak memahami maksud kedua-duanya dengan baik. Kerana itu kita sering mendengar ada yang berkata: "Kalau nak kira bid'ah,tak payahlah naik kereta, naik sahaja unta."Inilah realiti yang menunjukkan
kejahilan teruk sedang menyelubungi masyarakat Melayu Muslim di negara kita.
Di pihak lain, ada pula segelintir umat Islam yang terlalu ghairah membid'ahkan semua perkara, termasuk dalam perkara-perkara adat yang tidak menyalahi agama. Natijahnya seruan kembali kepada sunnah dan menjauhi bid'ah dilihat buruk dan dijauhi
Namun alhamdulillah, sekalipun dalam kekalutan cara faham yang beragam ini, Allah s.w.t telah meanugerahkan para ulama yang senantiasa tampil
ke hadapan menjelaskan kebenaran.
Untuk itu usaha menterjemah buku al-Sunnah wa al-Bid'ah yang asalnya merupakan ceramah Dr.Yusuf al-Qaradhawi ini dilakukan. Mudah-mudahan ia
bermanfaat untuk umat Islam dalam usaha memahami persoalan yang sering
menimbulkan kontrovesi ini.
Buruknya Cinta Dunia
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
"Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami, mereka itu tempatnya ialah neraka, disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan." [Surah Yunus:7-8]
Diharap dengan kehadiran buku ini ianya dapat membawa sidang pembaca sekalian pemahaman dalam lingkungan kita untuk mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan menjauhi segala kenikmatan dan kemewahan hidup yang melampau-lampau hingga melalaikan diri daripada jalan kebenaran agama Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam persoalan "Cinta Dunia
Pangkal Musibah". Di samping itu, penulis juga mengharapkan agar segala
informasi yang ditampilkan dalam buku ini sedikit sebanyak memberikan ruang bagi diri untuk mengkoreksi kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan sepanjang kehidupan ini.
Cinta & Rindu (Antara Tuhan dan Hamba)
al-Syibli berkata: Allah Taala menurunkan wahyu kepada nabi Daud 'Alaihissalam:Hai Daud!Ingat (zikir) kepadaKu itu bagi orang-orang yang berzikir.SyurgaKu itu bagi orang-orang yang taat.Dan berkunjung kepadaKu, bagi orang-orang yang rindu. Dan Aku khususnya, bagi orang-orang yang mencintai.
Buku ini merupakan euplikan beberapa judul yang terdapat di dalam kitab
Ihya'Ulumiddin karangan Imam al-Ghazali.Dengan terbitnya buku ini, kami
sebagai penerbit menaruh besar harapan agar ia dapat bermanfaat bagi semua kaum muslimin, muslimat terutamanya dalam usaha meningkatkan kualiti keimanan dan ketakwaan kepada Allah Subhanahu wa Taala.
Menyingkap Hukum Nyanyian
Daripada sekian banyak kitab yang membahaskan tentang permasalahan nyanyian, kitab yang berjudul Kasyf al-Ghitha 'An Hukm Sama'al-Ghina
[Membongkar Polemik Sekitar Hukum Mendengar Nyanyian] sangat signifikan untuk menjadi bahan rujukan;setidak-tidaknya kerana dua hal:
Pertama kerana topik-topik pada setiap babnya sangatlah penting.Kedua,Imam Syamsuddin Ibn Qayyim al-Jauziyah, adalah seorang ulama yang kepakaran dan kedudukannya diakui oleh para ulama.
Dalam kitab ini Ibn Qayyim mendebatkan para ulama yang membolehkan nyanyian.Mereka terdiri daripada: Pertama golongan yang membolehkan nyanyian semata-mata kerana gemar terhadap perbuatan main-main [la'ib] dan perilaku sia-sia [lahw].Kedua mereka yang bukan hanya membolehkan namun juga menganjurkannya kerana mereka menganggap nyanyian adalah sarana untuk mendekatkan diri dan beribadah kepada Allah subhabahu wa Taala.
BOOKS SEARCH









