Solat Tarawikh

image


Author : Hafiz Firdaus Abdullah
Pages : 205, Paperback
Our Ref : PJ-0714
ISBN : PJ-0714

Your rating: None Average: 5 (1 vote)
Solat Tarawikh

Synopsis :

Dalam kaedah perlaksanaan Solat Tarawikh, umat Islam umumnya telah menerima bahawa ia dapat didirikan secara 8 rakaat ataupun 20 rakaat, kedua-duanya adalah benar. Akan tetapi penerimaan kedua-dua kaedah ini tiba-tiba telah dicerobohi oleh sebuah fatwa dari beberapa pihak yang telah memuktamadkan bilangan rakaat Solat Tarawikh kepada 20 sahaja, tidak lebih dan tidak kurang. Fatwa tersebut antara lain menyatakan bahawa Nabi SAW tidak pernah mengerjakan Solat Tarawikh secara 8 rakaat, bahawa bilangan yang ditetapkan oleh Amirul Mukminin Umar al-Khattab adalah 20 rakaat dan ketetapan inilah yang dipersetujui secara ijmak oleh generasi sahabat semuanya. Atas dasar-dasar ini mereka merumuskan bahawa Solat Tarawikh itu hanya wujud dalam bentuk 20 rakaat dan barangsiapa yang melakukan sesuatu bilangan rakaat selain 20, dia tidak dipandang sebagai telah bertarawikh di malam Ramadhan.

Fatwa ini sangatlah menjauhi kebenaran dan atas dasar inilah buku ini diusahakan. Dengan merujuk kepada berbagai hadith yang sahih dan hujah para ahli fiqh yang muktabar, buku ini berusaha menerang kedudukan sebenar jumlah rakaat Solat Tarawikh. Selain itu ia juga ikut sama membicara beberapa isu penting yang berkaitan dengan perlaksanaan Solat Tarawikh masa kini di Malaysia. Didoakan agar buku ini dapat dijadikan sumber rujukan yang berguna bagi semua dalam usaha kita sama-sama memakmurkan bulan Ramadhan yang mulia ini.

Price: RM 9.90

Related Books on Same Category

Kaedah Memahami Hadis-hadis Musykil
Kaedah Memahami Hadis-hadis Musykil
PJ Ref : PJ-1108
RM 12.00
PJ-2039.jpg
Hukum Dan Adab Berjemaah Dalam...
PJ Ref : PJ-2039
RM 14.00
PJ-2081.jpg
Cahaya Rohani Buku 2
PJ Ref : PJ-2081
RM 14.00
Marilah Kita Berselawat Ke Atas Rasulullah (SAW)
Marilah Kita Berselawat Ke Atas...
PJ Ref : PJ-0557
RM 3.90