Kisah Mengenai Penciptaan (S/C)

image


Author : Harun Yahya
Pages : 64, Paperback ,
Our Ref : PJ-1272
ISBN : 983-170-492-4

No votes yet
Kisah Mengenai Penciptaan (S/C)

Synopsis :

Dalam Membuktikan Kepalsuan Teori Evolusi , Bukti Saintifik Mendedahkan Bahawa Allah s.w.t Telah Mencipta Seluruh Makhluk Hidupan Maksud penulisan buku ini ialah untuk membantu kita melihat Keajaiban Alam Penciptaan di dalam setiap kehidupan yang kita temui di sekeliling,namun tidak menarik sedikit pun perhatian kita. Sepanjang hidup, sebahagian besar kita hanya menumpukan keperluan material dan hidup berlandaskan jalan yang jauh daripada-Nya sekaligus gagal melihat gugusan bukti kewujudan Allah s.w.t. Bagi pembaca budiman, buku ini akan membentangkan ufuk yang baru mengenai kehebatan dalam makhluk ciptaan-Nya. Penelitian dan kefahaman berkenaan subjek yang menjadi bahan perbincangan di dalam buku ini akan menjadi langkah penting untuk sampai kepada pengertian yang jelas akan kehebatan Maha Pencipta.

Kenyataan di mana sejumlah besar teori yang telah dikemukakan berhubung dengan dakwaan evolusi makhluk hidupan di atas muka bumi dan tidak satu pun daripadanya yang terlepas daripada kawalan saintifik yang ketat juga turut dibincangkan di dalam buku ini. Matlamat sebenar pihak pengarang adalah untuk menggalakkan para pembaca budiman untuk memikirkan mengenai beberapa isu penting yang menyentuh pegangan dan kepercayaan seperti kewujudan Pencipta dan Keagungan-Nya sekaligus mendedahkan penyelewengan sebilangan teori dan kepercayaan yang menjadi anutan.

Buku ini menawarkan khidmat bantuan:

1)Memperolehi kepekaan akan keajaiban dalam makhluk ciptaan Allah s.w.t.

2)Memahami kesilapan sejumlah teori yang berkaitan dengan asal usul kehidupan.

3)Mengecapi rasa keimanan yang tulin terhadap Maha Pencipta s.w.t.

Price: RM 29.90

Related Books on Same Category

Keajaiban Al-Qur'an
Keajaiban Al-Qur'an
PJ Ref : PJ-1274
RM 34.90
Penciptaan Alam Semesta (H/C)
PJ Ref : PJ-1545
RM 59.00
Keindahan Hidup Menurut Perspektif Al-Qu'ran
Keindahan Hidup Menurut Perspektif...
PJ Ref : PJ-1465
RM 17.90
Keadilan & Toleransi Di Dalam al-Quran
Keadilan & Toleransi Di Dalam...
PJ Ref : PJ-1396
RM 13.90