Peranan Doa Dalam Membina Kejayaan Hidup

image


Author : Zuhriah Mohd Juoi
Pages : 132, Paperback
Our Ref : PJ-1193
ISBN : 170-478-9

No votes yet
Peranan Doa Dalam Membina Kejayaan Hidup

Synopsis :

Peranan Doa Dalam Membina Kejayaan Hidup

Doa merupakan satu pengharapan yang dipohon oleh manusia kepada Allah. Doa memainkan peranan yang amat besar dalam kehidupan manusia. Melalui doa, manusia dapat berfikiran positif untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dan gemilang dalam perjuangan dan kehidupan mereka.

Doa menjadikan manusia tidak akan kecewa di sebalik kegagalan-kegagalan yang dialaminya. Malahan menyedari bahawa usaha dan bekerja keras perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Apabila tidak dapat apa-apa yang dihajati, dia akan memujuk hatinya dengan berkata bahawa, setiap kejadian itu ada hikmah yang tersirat di sebaliknya. Di sinilah kesabaran diri dan ketabahan hati menjadi perisai kepada diri sendiri.

Melalui doa, manusia menyedari bahawa dia sebenarnya tidak keseorangan dalam melayari kehidupan ini. Dia sentiasa ada Allah sebagai Tuhan Yang Maha Agung, tempat dia berdoa, mengadu masalah kehidupan, dan meminta perlindungan untuk keselamatan di dunia dan juga di akhirat kelak. Justeru, buku ini membantu anda untuk mengetahui sejauh mana doa dapat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi dan membina kejayaan hidup seseorang. Teruskan membaca dan semoga berjaya!

Price: RM 7.90

Related Books on Same Category

SFA : Risalah Selawat Nabi SAW
PJ Ref : PJ-1311
RM 4.90
Doa-doa Mathu'rah
PJ Ref : PJ-0956
RM 10.90
25 Ayat Al-Qur'an Yang...
PJ Ref : PJ-1666
RM 7.90
Panduan Ibadat
Panduan Ibadat
PJ Ref : PJ-0030
RM 3.90