Kisah ini berkisar kehidupan seorang gadis ynag tidak pernah mendapat kasih sayang dari kedua ibu dan bapanya semenjak dari kecil. Ia ketandusan ilmu lantaran tiada siapa yang mempedulikannya. Dia kehausan belaian mesra dan senda gurau kerana kehidupannya diisi dengan memburu hidup. Dengan berlatar belakangkan demikian dia menjadi seorang yang liar. Namun Allah telah menyayanginya kerana keikhlasan hatinya dalam tindak tanduknya. Dan apa yang dilakukannya bukan dari hatinya melaunkan kerana desakan hidup yang sedang menghimpit dirinya.
Namun akhirnya niatnya yang suci lagi ikhlas itu dituinaikan Allah berkat usaha seorang wali Allah yang terkenal. Dia telah menemui ketenangan dan kematiannya juga di dalam ketenangan. Hatinya penuh kesal dengan apa yang dilakukannya. Taubatnya kepada Allah adalah seikhlas-ikhlas dan setinggi-tinggi taubat.
Sebelum kematiannya, dia hanya menumpukan kepada beribadah kepada Allah dan memburu kasih sayang kepada Allah. Di samping itu, ilmu yang dia dapati daripada guru yang membimbing dan menyedarkannya ke jalan Allah, disampaikan kepada umat Islam yang lain. Dan bila berita kematiannya tersebar di kota itu, umat Islam yang lain juga turut merasa sedih dan terasa kehilangannya. Dan kematiannya dikenang hingga ke hari ini.