Laman utama | Troli | Profil | Hubungi kami | Perkhidmatan Pelanggan

Perniagaan Jahabersa

‘ Memelihara nilai-nilai dan tradisi Islam ’

Berdasarkan wawasan dari pengasasnya, Al-Haj Aboo Baker bin Mohd. Maideen, untuk memperkayakan dunia Islam dengan ilmu pengetahuan agama yang tulin dan mampu diperolehi, maka Perniagaan Jahabersa memulakan matlamatnya yang mulia untuk menyebarkan ajaran Islam melalui bidang penerbitan buku-buku seawal tahun 90an. Seiring dengan itu, buku pertama yang diterbitkan berjudul “Mengenal Huruf Jawi” untuk kanak-kanak pra-sekolah yang bertujuan untuk memberi tunjuk ajar dalam proses asas pembelajaran bahasa Jawi dengan cara mengenal huruf-hurufnya. Pada hari ini, kami mempunyai banyak koleksi buku-buku yang mencapai jumlah lebih dari 600 tajuk. Sebagai tambahan, kami juga mempunyai koleksi buku-buku agama berbahasa Inggeris.

Alhamdulillah, banyak di antara buku-buku terbitan Perniagaan Jahabersa yang telah digunakan sebagai buku teks dan rujukan di madrasah-madrasah dan lain-lain institusi pendidikan Islam. Buku-buku kami adalah asli, maklumatnya boleh dipercayai dan mampu difahami oleh semua golongan masyarakat. Masyarakat Melayu Islam pasti akan yakin dan berpuashati terhadap buku-buku terbitan Perniagaan Jahabersa kerana kami mengutamakan maklumat dan keterangan mengenai Islam dan ajaran-ajarannya yang asli, tulin dan bermutu.

Buku-buku terbitan kami tersedia dalam bentuk edisi sederhana yang mudah untuk kegunaan setiap individu dan juga perpustakaan awam. Kami bekerja keras dalam usaha untuk memenuhi pencarian umat Islam yang dahagakan ilmu pengetahuan agama. Kami akan berusaha sedaya-upaya untuk melihat cahaya Islam bersinar cemerlang menerangi umatnya.

Masyarakat Islam Singapura mendapat semua bekalan buku yang diterbitkan oleh Perniagaan Jahabersa melalui cawangan kami di Singapura:



Jahabersa & Co
362 Upper Paya Lebar Rd,
#06-01 Da Jin Factory
Singapore 534963

Tel : 65-62873102, 65-62876767
Fax: 65-62854328