Tafsir Surah Al-Nur : Melahirkan Ummatan Wasatan

image


Author : Khairuddin Said
Pages : 277, Paperback
Our Ref : JC-2656
ISBN : 978-967-308-723-5

No votes yet
Tafsir Surah Al-Nur : Melahirkan Ummatan Wasatan

Synopsis :

Buku ini disusun sebagai satu sumbangan untuk menambah kefahaman dan keyakinan dengan al-Quran sebagai petunjuk bagi orang yang bertakwa. Kefahaman yang dihasilkan mampu menambah keyakinan bahawa panduan al-Quran pasti akan dicapai kerana ia merupakan janji Allah yang pasti. Sesuatu yang penting sebagai asas setiap Muslim menyedari keperluan memenuhi syarat-syarat untuk memperolehi petunjuk tersebut. Di sinilah kepentingan ilmu tafsir sebagai satu landasan untuk menyampaikan amanah yang terkandung di dalam al-Quran mengikut kehendak Allah berdasarkan kemampuan para musafir. Maka tidak diragui lagi al-Quran merupakan kelebihan, kemuliaan, kebesaran dan mukjizat sebagai Kalam Allah yang menjadi Siratul Mustaqim yang membawa ahlinya kepada reda Allah. Belajar dan mengajar al-Quran disebut oleh Rasulullah s.a.w. sebagai amalan terbaik. Inilah sifat mukmin yang mengikuti Rasulullah s.a.w., sempurna diri dan menyempurnakan orang lain serta terhimpun segala kebaikan dan manfaat yang melimpah ruah.

Surah al-Nur meliputi isu hubungan lelaki dan perempuan seperti larangan berzina,qazaf dan li'an, adab pergaulan dan berkeluarga diwakili cara berpakaian dan berhias, adab memasuki rumah dan bilik serta adab makan. Isu-isu berkaitan dengan kemasyarakatan dipaparkan tentang sikap dan tingkah laku golongan munafik yang merosakkan masyarakat melalui fitnah, menggugat kepimpinan dan meremehkan urusan jemaah. Kekuatan umat Islam dibentuk melalui ketaatan kepada Rasulullah s.a.w., saling percaya mempercayai dan diperkukuh dengan semangat setiakawan. Kejayaan yang hakiki hanya dinilai dari keimanan dan ketaatan yang membawa kepada nikmat kepimpinan, amal dan syiar agama dilaksanakan serta hidup dalam keamanan. Amalan orang-orang yang tidak beriman sia-sia serta tidak mempunyai nilai di sisi Allah. Persoalan yang difokuskan dalam Surah al-Nur merupakan satu panduan yang ideal untuk melahirkan Ummatan Wasatan bertepatan dengan maksud al-Nur sebagai cahaya petunjuk Ilahi.

Price: RM 29.90

Related Books on Same Category

image
Sunan Al-Daraqutni - Himpunan...
PJ Ref : JC-2544
RM 165.00
PJ-2115.jpg
Kisah Israiliyat Dalam Tafsir...
PJ Ref : PJ-2115
RM 45.00
Juz Amma Dan Terjemahan
Juz Amma Dan Terjemahan
PJ Ref : PJ-0009
RM 3.50
Terjemahan Juz Amma
Terjemahan Juz Amma
PJ Ref : PJ-0144
RM 4.00