Keluarga
Menjadi Ayah Yang Berjaya
Sesungguhnya memberikan perlindungan kepada anak, mengarahkannya untuk bergaul dengan orang baik dan memiliki perhatian tinggi dalam pembinaan mereka merupakan faktor-faktor yang mendukung kejayaan pembinaan anak dan keluarga. Dan faktor terpenting dari itu semua adalah apa yang dilakukan oleh sahabat Nabi, Abdullah Ibni Mas'ud Radhiallahu 'anhu ketika beliau melakukan solat malam dan anaknya yang masih kecik tertidur. Sambil menatap ke wajah sang anak beliau membaca firman Allah sambil menitiskan air mata ." Sesungguhnya ayah kedua anak ini orang soleh." (Al-Quran)
Cara ini merupakan senjata terakhir untuk menjadikan anak-anak kita menjadi soleh, kerana apabila ayahnya orang yang soleh dan memiliki hubungan yang kuat dengan Allah, maka Allah akan menjaga anak-anaknya (bahkan cucu-cucunya) dari segala fitnah dan keburukan moral. Ketika krisis moral atau keruntukan akhlak melanda generasi-generasi sekarang, maka inilah (kesolehan orang tua) yang menjadi senjata terakhir untuk melindungi anak-anak kita dari keruntuhan moral.
202 Pelajaran Berkenan Poligami
Poligami ialah salah satu daripada syari'at Islam. Sayang sekali masyarakat memliki
pandangan yang serong terhadapanya. Ada yang membencinya, ada yang menyalahgunakannya.
Buku ini berperanan membetulkan kedudukan poligami di sisi masyarakat. Ia menerangkan
hukum dan hikmah, serta membetulkan beberapa salah faham terhadap poligami.
Ia juga memberikan tips-tips poligami kepada para suami dan isteri yang akan atau sudah hidup di alam
poligami.
Pendidikan Islam Untuk Anak Perempuan
Hadith Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam
Tidak ada sesuatu yang lebih utama bagi orang tua untuk diberikan kepada anaknya, selain pendidikan yang baik kepada anaknya.
Hadith Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam
Pendidikan seseorang di antara kalian terhadap anaknya lebih baik daripada dia bersedekah setengah sha' setiap harinya kepada orang miskin.
Sebagaimana perkataan Abdullah bin Umar radhiyallahu'anbu ,"Didiklah anakmu kerana kami akan ditanya tentang tanggungjawabmu, apakah sudah kamu ajari anakmu, apakah sudah kamu didik anakmu dan kamu akan ditanya kebaikanmu kepadanya dan ketaatan anakmu kepadamu."
Ketahuilah wahai para pendidik yang mulia, ulama salaf menganggap pendidikan sebagai kewajipan berat, sebagaimana solat, puasa an kewajipan-kewajipan agama lainnya. Oleh kerana itu, ketika bersungguh-sungguh terhadap hal-hal yang bersifat rukun dan fardhu, maka bersungguh-sungguh juga dalam hal pendidikan agar orang tua dan wali tidak mengaggap pendidikan sebagai hal yang sunnah dan dapat ditinggalkan seenaknya.
BOOKS SEARCH








