Tauhid
Titisan Air Hujan Dalam Ilmu Tauhid - Soal Jawab Tauhid
Kitab ini adalah syarah kitab masa'il karangan syaikh imam Abillaits,
seorang ulamak hadis dan tafsir, yang lebih dikenali dengan nama Imamul Huda Misri bin Muhammad bin Ahmad bin Ibrahim Al Hanafi As Samarkandi.
Buku yang kecil dan tipis ini khusus menghuraikan secara ringkas mengenai soal jawab tauhid. Penterjemah menyusun soal jawab dalam
buku ini mengikut urutan asalnya.
Di dalam penterjemahan ini penterjemah berusaha mengekalkan pengertian
asal daripada ayat-ayat asal di dalam bahasa arab yang digunakan oleh
para pembaca yang baru mula mendalami ilmu tauhid.
Tauhid 3T:Penjelasan Dan Pembelaan
Subjek Tauhid 3T, yakni Tauhid al-Rububiyah, Tauhid al-Uluhiyah dan
Tauhid al-Asma wa al-Sifat sering menjadi perbahasan sebahagian tokoh agama dan masyarakat.Antara yang menjadi tumpuan mereka:
*Adakah Tauhid 3T memiliki dasar dari al-Qur'an dan al-Sunnah?
*Siapakah yang memulakan pembahagian tauhid seperti ini?
*Benarkah Tauhid 3T umpama aqidah Trinity agama Kristian yang membahagikan tuhan mereka kepada 3T?
Buku di tangan anda ini insya-Allah akan menjawab soalan-soalan di atas serta menjelaskan banyak lagi persoalan lain. Berdasarkan jawapan, pembelaan dan penjelasan ini, akan jelas kepada para pembaca sekalian kekeliruan sebahagian pihak yang menolak, meremeh serta menyesatkan Tauhid 3T.Selamat mengkaji!
Di mana Allah?
Ramai dalam kalangan umat Islam sendiri yang masih samar terhadap persoalan ini
sehingga apabila diajukan pertanyaan kepada mereka berkenaan keberadaan Allah
(Di mana Allah?) maka akan timbul pelbagai jawapan, antara lazimnya yang sering
kita temui adalah seperti berikut:
1)Mereka yang mengatakan bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala sentiasa berada
di mana-mana sahaja atau di setiap tempat.
2)Mereka yang berpegang kepada keyakinan bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala
berada di dalam hati mahupun diri setiap insan.
3)Mereka yang beriktikad bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala berada di atas langit
beristiwa' di atas 'Arasy-Nya.
Persoalannya sekarang adalah, siapakah di antara ketiga-tiga kelompok di atas
yang memiliki tauhid yang benar lagi tepat berhubung dengan persoalan keberadaan
Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagaimana yang difahami oleh generasi al-Salaf
al-Shalih iaitu generasi terbaik umat ini? Insya' Allah, buku karangan
Mohd Hairi Nonchi ynag diberi judul Di Mana Allah? yang sedang berada di tangan
anda ini akan membantu anda untuk merungkai persoalan di atas.
Koleksi Kuliah-kuliah Akidah - Jil 2
Koleksi Kuliah-Kuliah Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah
Menurut Manhaj Salaf As-Soleh - Jilid 2. Segala usaha untuk menerbitkan koleksi kertas kerja ini sehingga menjadi beberapa buah buku adalah atas dorongan,
permintaan dan inisiatif yang di suarakan oleh para muslimin dan muslimah, terutama mereka yang kurang berpeluang mengikuti majlis-majlis ilmu yang disampaikan oleh penulis.Walaupun mereka tidak berkesempatan bersama penulis namun mereka menghubungi penulis dan menyuarakan
keinginan mereka untuk memiliki kesemua kertas kerja dan buku-buku yang telah diterbitkan.
Semoga segala usaha untuk menjayakan semua penulisan dan penerbitan yang bertujuan mencari keredhaan Allah Subhanahu wa-Ta'ala ini sentiasa mendapat keberkatan dariNya. Mudah-mudahan juga buku ini mampu menyumbang ke arah menambah bahan-bahan pembacaan dan berjaya menyalurkan pengetahuan
agama menurut pemahaman Ahli sunnah wal-Jammah yang disepakati oleh ulama Salaf as-Soleh.
Berdasarkan sabda Nabi Muhammad sallallahu'alaihi wasallam
"Menuntut ilmu itu adalah wajib atas setiap muslim",maka tulisan ini adalah antara pilihan yang tepat untuk dimiliki, dibaca,difahami dan untuk menambah bahan-bahan pelajaran agama supaya dapat mengamalkan ibadah lahir dan batin dengan sempurna sebagaimana yang dituntut oleh syara.Wallahua'lam.
Usul At-Tauhid : Ke Arah Mengenali Jalan-Jalan Keimanan Kepada Allah Yang Maha Agong
Dapatkan juga:
1)Mutiara Yang Indah
2)Pembukaan Segala Rahsia
3)Segala Rahsia Agama
4)Dhiaul Murid
5)Insul Muttaqin
6)Mahkota Pengantin Orang-orang Arif Billah
7)Qatrul Ghaisiah
BOOKS SEARCH








