Tasawwuf
Jalan Menuju Allah
Penulis berusaha keras dalam kajian ini untuk mengembalikan tasawuf kepada asal usulnya yang Islami, dengan berpedoman kepada ayat-ayat al-quranul karim yang muhkamat dan al-Sunnah yang sahih. Membersihkan tawasuf yang benar dari segala sesuatu yang dapat mengeruhkan kesuciannya dan mengotori kecemerlangannya yang selalu melekat kepadanya. Membersihkan tasawuf dari segala sumber yang asing dan aneh dari karakter Islam dan kemoderatannya yang mampu mempengaruhinya. Membersihkan tasawuf dari segala dugaan-dugaan manusia, subjektiviti mereka dan kecenderungan mereka yang terkadang menjurus kepada sikap ekstrem dan yang terkadang menjurus kepada sikap meremehkan. Padahal agama Allah sebagaimana yang dikatakan orang salah terdahulu adalah agama yang berada di antara sikap melampau dan sikap meremehkan.
Minuman Asli Orang 'Arif Billah
Kitab edisi Jawi lama yang serba ringkas dan padat ini berjudul "LUBABUT TASAWWUF" "SYARBUL MUNTAHI" atau lebih mudah saya namakan "MINUMAN ASLI ORANG ARIF BILLAH".Kitab yang kecil ini adalah hasil harya Syeikh Ibrahim Bin Hasan Al-Kurani dan diberi gantungan makna Melayu oleh Syeikh abdul Rauf bin Ali al-Fansuri. Semoga kitab ringkas ini menjadi penetus minda ke arah memahami dan memantau serta meneliti betul-betul mana yang benar dan yang salah menurut hukum Allah Taala dan Syariat Rasulullah saw.
Telaga Orang SUFI
Berkata Syeikh Abdur Rauf al-Fansuri ra di dalam Daqaiqul Huruf: Jika ada seorang bertanya: " Apakah hukum apabila seseorang hamba Allah setiap kali dia inginkan sesuatu, maka dia akan berkata kepadanya dengan ucapan"Kun"yakni Jadilah engkau maka jadilah is (Fayakun)". Adakah harus baginya dengan mengatakan bahawa dirinya dalam keadaan Haq atau tidak?
Maka dijawab: "Bahawa tidak harus baginya mengatakan yang sedemikian,sedangkan perkataan Nabi saw itu lebih baik daripada (perkataan) segala makhluk pun tidak mengatakan dirinya sedemikian. cuma mengatakan dirinya hamba bagi (kepunyaan) Allah, lantaran dengan Dia juga wujudnya sedang dia sendiri pun adalah milik bagi-Nya (kepunyaan Dia ) juga.
Oleh itu, janganlah kita berkata sedemikian agar kita jangan terkeluar dari kandang Nabi kita Muhammad saw, sebagaimana kata Saiyidi Syeikh Qusyasyi al Madani ra:
"Dan yang sempurna itu (ialah) pada mengikut Rasulullah saw.
Tuhfatul Mursalah Ilan Nabi S.A.W
Wahai penuntut al-Haq! Jika anda ingin wushul kepada Allah Taala (sampai kepada Ma'rifat) pertama sekali hendaklah anda sentiasa mengikut Nabi S.A.W
pada perkataan dan perbuatannya, zahir dan batinnya. Kemudian anda mengerjakan Muraqabah atau Haq Taala. Pada kali yang kedua, Muraqabah dengan makna kalimah Thaiyyibah (La ilaha illa Allah) tanpa syarat berair sembahyang, tetapi jika ada air sembahyang itulah lebih utama.
Syarah Perisai Orang-orang Mukallaf
"Syarah Perisai Orang-orang Mukallaf" ini hasil koleksi dan usaha yang murni lagi gigih daripada seorang ulamak yang terkenal, iaitu Asy-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Indonesia Al-Mandili daripada Matan al-'Aqidah al-salafiyah At-Thahawiyah. Penulis hanya mengolah bahasanya saja agar dapat difahami oleh pencinta ilmu Usuluddin.
Ramuan Zuhud
Perbahasan yang dimuatkan dalam buku ini berkisar tentang peranan zuhud yang telah berjaya mengembalikan hakikat kehidupan manusia yang sebenar ke pangkuan Allah. Konsep zuhud ini juga berperanan membentuk kefahaman minda seseorang hamba terhadap realiti kehidupan yang dibawa, andaikata dia bertanya kepada dirinya: Ke arah mana dia mahu membawa kehidupan ini dan di manakah berakhirnya kehidupan yang dikandung oleh jasad dan tubuh badannya ini? Bererti dia mesti mempunyai tujuan dan matlamat dalam perjalanan hidupnya, dia mesti mempunyai arah dan hala tuju untuk membawa dan memandukan kehidupannya itu ke suatu tempat yang selamat tanpa kacau-bilau. dia mesti mempunyai wawasan hidup untuk membina masa depan hidupnya agar amalan-amalan yang dilakukan sepanjang hidupnya itu diterima oleh Allah semua sekali. Maka di sini letaknya titik tolaknya perbahasan yang hendak dikemukakan dalam buku ini. Konsep kehidupan zuhud ini dapat menyatukan perasaan hati yang sedang berkecamuk dan dapat menyelesaikan masalah hidup yang dihadapi oleh manusia.
Wadah Minuman Suci Orang Sufi
Sesetengah ulama' yang bergerak menuju kepada Allah Taala adalah umpama orang yang ingin bermusafir memutuskan setiap marhabah (perhentiannya).Jadi, tak dapat tidak orang yang bermusafir dalam sepanjang perjalanannya itu adalah orang yang mu'alim (guru/sifu) yang tahu selok belok tentang jalan yang dilaluinya itu juga memerlukan bekalan, kenderaan, teman/ sahabat dan alat senjata untuk menghadapi dan menentang musuhnya agar dapat menakutkannya.
Demikian jugalah bagi orang yang salik, tak dapat tidak perlu kepada Syeikhnya (Mursyid) untuk menjalankannya (memandunya), yang 'Arif dan tahu tentang perjalanan Tharekatnya yang sudah pun dijalaninya (dilaluinya).Malahan, beliau mengetahui yang baik dan jahatnya, dan tak dapat tidak perlu juga kepada bekalan, iaitu Taqwa Allah dan memerlukan kenderaannya, iaitu Himmah (semangat kemahuan yang keras).
Fathur Rahman Syarah Risalah Wali Al-Ruslan
Kitab tasawuf yang kecil ini disusun dan dikumpul semula hasil daripada terjemahan Al-Alim Al-'Allamah
wal Fahamah Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah Al-Banjari ra, hasil karya Syeikh Raslan yang berjudul "Fathur Rahmam" - Syarah Risalah Wali ar-Raslan. Kitab ini banyak menyentuh perjalanan si Salik dan pengalaman-pengalaman yang dilalui sepanjang perjalanannya menuju ke Hadhratil Quds sehingga menjadi orang 'Arif Billah.
Qamarul Huda (Bulan Petunjuk)
Adapun Alam Hakikat itulah yang dinamakan "Ilmu Kaum Sufi". Maka ini bererti
ilmulah sahaja yang dapat menyampaikan kita kepada pengetahuan Tuhan kita
dan diri kita. Sehingga dikatakan sudah terbentang beberapa nas yang begitu jelas
dan terang daripada beberapa buah kitab seperti Al-Fatwa al-Haditsiyyah oleh Al-'Arif
billah Syeikh Ibnu Hajar dan lain-lain yang melarang sama sekali muthala'ah kitab kaum
Sufi.
Ini bukan bererti dilarang kepada orang-orang ahlinya mengarang atau mengajar atau
mempelajarinya tetapi sesungghnya sudah menjadi kewajipan orang-orang seumpama
itu menghidupkan "Ilmu Kaum Sufi" (Alam Hakikat) itu kerana sudah hampir pupus
dan tidak ada ahlinya lagi.
Athiyyah Ar-Rahman (Kurniaan Ilahi)
Berkata Syeikh Muhiyuddin Ibnu 'Arabi' ra:
"Sirath Al-Mustaqim itu mempunyai tujuh jambatan, setiap satu jambatan
perjalanannya selama 3000 tahun, iaitu 1,000 tahun naik, 1,000 tahun berjalan betul
dan 1,000 tahun turun."
Justeru pada:
Jambatan yang pertama: Mereka akan ditanya tentang imannya.
Jambatan yang kedua: Mereka akan ditanya tentang kesempurnaan solatnya.
Jambatan yang ketiga: Mereka akan ditanya tentang zakatnya.
Jambatan yang keempat: Mereka akan ditanya tentang puasanya.
Jambatan yang kelima: Mereka akan ditanya tentang haji dan umrahnya.
Jambatan yang keenam: Mereka akan ditanya tentang perkara air sucinya.
Jambatan yang ketujuh: Mereka akan ditanya tentang mazhalim.
BOOKS SEARCH








