Bimbingan dan Nasihat

Makrifat Membentuk Sikap Kesolehan Amal

RM 75.00

Di antara kelembutan sifat Allah adalah, dia tidak memerintahkan sesuatu pun kepada hambaNya kecuali mengangdungi maslahat, sama ada untuk kebaikan di dunia atau kebaikan di akhirat atau salah satu di antara keduanya. Allah tidak melarang hambaNya terhadap sesuatu perkara pun kecuali mengandungi kerosakan baik di dunia atau di akhirat atau salah satunya.
Maslahat adalah kelazatan atau penyebabnya, kegembiraan atau penyebabnya. Kerosakan atau mafsadat adalah kepedihan dan penyebabnya dan kesedihan dan penyebabnya. Jika ada pekerjaan yang mencakup maslahat dan mafsadat hendaklah dipilih salah satunya. Kebaikan adalah mendapatkan masalalahat yang murni dan kuat dalam menolak mafsadat yang murni dan kuat.Kejahatan tercakup hanya untuk mencapai mafsadat yang murni atau kuat dan dalam mencegah kebaikan yang murni dan kuat.

No votes yet

Pengenalan Ilmu Maqasid Syariah

RM 7.90

Ilmu Maqasia merupakan satu medium terpenting yang boleh diguna pakai bagi menjana tahap pemikiran masyarakat Islam dalam penetapan hukum Islam dalam realiti semasa. Ia mampu direalisasikan dengan sebaiknya jika elemen berasaskan Maqasid ini dapat diterapkan dalam kehidupan harian masyarakat.
Proses meletakkan kefahaman syariah menerusi Metod Maqasid kepada masyarakat Islam adalah amat dieprlukan pada era ini. Kejumudan dalam menanggapi beberapa persoalan hukum semasa di bidang syariah jelas ketara dalam jiwa masyarakat.
Sedangkan keanjalan (fleksibel) hukum syarak dalam proses mengeluarkan fatwa semasa bagi kemudahan masyarakat Islam adalah amat dituntut, sebagaimana yang dinyatakan oleh Ummul Mukminin Aisyah Radhiyallahu 'anha bahawa "Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam tidak akan memilih antara dua perkara (hukum) melainkan yang paling mudah antara keduanya".
Justeru itu kehadiran buku ini dilihat sebagai salah satu wahana penting yang diharap mampu membuka minda umat mengenai roh dan objektif pensyariatan, sekaligus merangsang perkembangan industri ijtihad di negara ini,Insya-Allah.

No votes yet

Siri 2 - 60 Wasiat Agung Umar Bin Khattab

RM 25.90

Dapatkan juga:
1)60 Wasiat Agung Abu Bakar As-Siddiq
2)60 Wasiat Agung Uthman Bin Affan
3)60 Wasiat Agung Ali Bin Thalib

No votes yet

Siri 4 - 60 Wasiat Agung Ali Bin Abi Thalib

RM 22.90

Dapatkan juga:
1)60 Wasiat Agung Abu Bakar As-Siddiq
2)60 Wasiat Agung Umar Bin Khattab
3)60 Wasiat Agung Uthman Bin Affan

No votes yet

Siri 1 - 60 Wasiat Agung Abu Bakar As-Siddiq

RM 24.90

Dapatkan juga:
1)60 Wasiat Agung Umar Bin Khattab
2)60 Wasiat Agung Uthman Bin Affan
3)60 Wasiat Agung Ali Bin Ali Thalib

No votes yet

Fenomena Al-Quran

RM 49.00

Buku yang bertajuk Fenomena Al-Quran dalam edisi awalnya adalah karya terjemahan dari buku berbahasa Perancis 'Le Phenomine Coranique' karya Malik Bin Nabi yang selanjutnya kami beri tajuk al-Zahirah al-Quran.

Al-Quran adalah kitab yang diturunkan oleh Tuhann yang mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi di langit dan di bumi, bahawasanya penyampainya kepada manusia adalah seorang rasul yang benar, yang menyampaikan apa yang diperintahkan oleh Tuhannya untuk disampaikannya, di mana antara rasul yang menyampaikan dan kalamullah yang disampaikan itu terdapat pemisah. Pemisah antara Al-Quran dan penyampainya adaalh realiti yang jelas,tidak dapat disalahkan oelh orang yang mempelajari seraya mendalami dan merenungi perilaku kehidupan Rasulullah dengan akal fikiran yang sedar, tidak lengah.
Metode yang digunakan oleh Malik ini adalah metode yang dasar-dasarnya bersumber dari renungan yang lama tentang tabiat jiwa manusia, tentang naluri beragama dalam fitrah manusia. Tentang sejarah aliran-aliran dan kepercayaan-kepercayaan yang kadang-kadang melukiskan antagonisme.

Namun pada ketika bersama mengungkapkan juga rasa beragama pada setiap insan, kemudian dia mmeperolehi kebenaran dari penyelidikan yang terus-menerus tentang sejarah kenabian dan ciri-cirinya serta perikehidupan Rasulullah sejak kecilnya sampai wafat. Mengenai penyampaiannya yang menjadi dalil atas kebenaran apa yang disampaikan itu menunjukkan bahawa kalamullah berbeza jauh dari kalam manusia di segala seginya. Dari sela-sela metode ini nampak pada anda cubaan yang pernah diderita oleh Malik, seperti juga yang diderita oleh segenerasi Muslim dalam abad ini.

No votes yet

Bekal Pernikahan

RM 44.00

Menempuh alam rumahtangga ertinya memasuki ruang kehidupan yang lebih mencabar dan menuntut sikap bertangungjawab.Justeru itu, anda perlu serius memikirkan dan mengadakan perbekalkan secukupnya. Akal harus dilatih pintar menimbang dan cepat berkeputusan, fizikal perlu cergas dan tangkas manakala rohani perlu tabah.
Perkahwinan yang memenuhi syarat Islam terbukti akan melahirkan satu institusi kekeluargaan yang bahagia. Islam telah menggariskan panduan-panduan yang amat dan pastinya berguna dalam merangka pembinaan sebuah perkahwinan yang bahagia,dan sebahagian dari panduan-panduan itu dipaparkan dalam buku ini. Insya-Allah.

No votes yet

Mutiara Fiqh Imam Hanafi

RM 52.00

Sesiapa yang ingin memiliki ilmu seluas lautan dalam bidang fiqh, maka hendaklah dia mempelajarinya dari Abu Hanifah - Imam al Syafi'ie.

Imam Abu Hanifah seorang yang sangat faqih semasa di zamannya - Sufyan al Thauri dan Ibn al Mubarak.

Imam Abu Hanifah merupakan seorang ulama agung yang tersenarai di kalangan empat ulama muktabar, beliau juga turut menjadi pengasas kepada mazhab Hanafi.Beliau terkenal sebagai seorang ulama yang banyak melakukan ijtihad berasaskan metode al Ra’y disebabkan oleh sikap berhati-hati beliau dalam menerima nas-nas yang diragui kedudukannya. Mutiara Fiqh Imam Hanafi merupakan karya yang menghimpunkan fiqh mazhab Imam Abu Hanifah dan pandangan ulama-ulama al hanafiyyah dalam hukum-hukum fiqh Islam. Dalam siri ini, fiqh Imam Hanafi memfokuskan perbincangan mengenai hukum puasa dan itikaf. Justeru itu dalam mengemukakan pandangan fiqh Imam Hanafi dimuatkan bersama dalil dan hujah yang menjadi asas pegangan bagi setiap hukum yang diputuskan.

Penulis Mohd Faez Bin Mohd Shah Al Hashimi dilahirkan di Johor Bahru Johor pada tahun 1984. Berkelulusan Diploma Pengajian Islam dari Kolej UNITI pada tahun 2007 dan Ijazah Sarjana Muda Syariah (Fiqh dan Usul) dari Universiti Malaya pada tahun 2010. Kini beliau bergiat aktif dalam bidang penulisan ilmu-ilmu fiqh dan hukum-hukum Islam.

No votes yet

Naungan Kitab Allah

RM 45.00

Dalam sejarah umat Islam, terdapat suatu fakta sahih nan nyata laksana sinar matahari di tengah hari iaitu bahawa selama kaum Muslimin mahu menghayati keadaannya di bawah lindungan al-Quranul Karim dan mereka sanggup berpegang teguh dengan tali Tuhannya yang kukuh, maka mereka akan mencapai kemuliaan, bersatu dan mencapai kemenangan dan selama mereka mengabaikan kitab Allah serta meninggalkannya di belakang punggung maka mereka akan ditimpa kehinaan pecah belah dan menderita kekalahan.
Dan sehingga dalam zaman-zaman kegelapan dalam sejarah umat Islam, kita dapat mengetahui bahawa dengan kembalinya di bawah lindungan al-Quran,Allah akan memuliakan mereka setelah mengalami kehinaan, menyatukan mereka setelah mengalami pecah-belah menolong mereka setelah mengalami kekalahan dan menguasakan "pimpinan" yang bersemangat memimpin dan dipercaya mengurusi segala kepentingan berserta masa depan mereka.

Your rating: None Average: 3 (1 vote)

Wahai Anak Muda Bangunlah!!

RM 65.00

Buku yang bertajuk 'Idhatun Naasyi'in ini adalah sebuah karya agung Syaikh Mustafa al-Ghalayain, seseorang yang menjadi inspirator gerakan anak-anak muda Islam di abad 20. Mustafa prihatin melihat generasi muda Islam kehilangan semangat juang dalam menegakkan harga diri dan agamanya.
Ianya berisi ucapan popular untuk membakar semangat generasi muda Islam dari kelesuannya. Inti persoalannya terletak pada akhalak, kerana akhlak bukan sekadar alat yang menbentuk manusia berlaku dengan kesopansantunan dalam berbuat, tetapi juga menjadi sumber kekuatan yang menbentuk keperibadian manusia menjadi lebih mulia. Di dalam diri Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam yang menjadi pusat teladan semua muslim, tidak ditemukan satu pun akhlak yang tidak bagus: Keberanian, kepahlawanan, kejujuran, kasih sayang, kedermawanan dan seterusnya adalah akhlak mulia yang menjadi sumber kebesarannya. Ini yang sepatutnya diikuti generasi muda Islam yang ingin berjaya.

No votes yet