Perundangan Islam: Sejarah Perkembangan, Sumber & Mazhabnya

image


Author : Fadhilah Sarnap
Pages : 473, Hardcover
Our Ref : PJ-0481
ISBN : 983-077-421-X

Your rating: None Average: 2 (1 vote)
Perundangan Islam: Sejarah Perkembangan, Sumber & Mazhabnya

Synopsis :

Ayat-ayat Al-Qur'an dan hadith-hadith Rasulullah SAW telah menggariskan hukum hakam dan memfardhukan taklif. Perkara ini kita namakan sebagai perundangan atau syari'at. Ada kalanya perundangan dan taklif di situ dipetik secara langsung daripada nas-nasnya. Iaitu dengan memahami maksud ungkapan Al-Qur'an atau hadith. Ada kalanya tidak dengan cara begitu. Bahkan dengan cara mengistimbat hukum hakam syari'at daripada dalil-dalilnya setelah dikaji dan diteliti jenis-jenis atau bahagian-bahagian nas syara' melalui ijtihad. Ini kita namakan dengan perundangan yang diistimbat daripada dalil.

Hukum hakam yang dipetik daripada gabungan dalil-dalil dan kiasannya kepada perkara-perkara yang ada persamaan dengannya, semua itu merupakan hukum syara'. Ia adalah natijah daripada nas-nas syara'. Dipetik daripada kaedah-kaedah yang terkandung di dalam nas-nas syara' yang qat'i. Tidak ada beza di antara maksud yang difahami daripada nas secara langsung dan di antara maksud-maksud yang difahami melalui kaedah-kaedah am yang ditunjuki oleh nas. Kita katakan begitu kerana kedua-dua perkara tersebut dinisbahkan kepada Allah SWT tidak kepada yang lain.
Sebab itu kita dapati para ulama telah membahagikan hukum-hukum syara' kepada dua bahagian. Iaitu pertamanya hukum yang tepat dan tidak berubah. Keduanya, hukum yang berubah mengikut maslahat di mana hukum tersebut disyari'atkan. Ada hukum yang dinyatakan oleh Allah rahsia pensyari'atannya, bahawa maslahat hukum tersebut tetap dan berkekalan, tidak berubah mengikut masa, tempat dan adat kebiasaan manusia. Maka hukum seperti ini adalah kekal dan tidak akan berubah sampai bila-bila. Kita telah pun nyatakan sebelum ini bahawa kekalnya satu-satu hukum itu tidaklah menafikan istimbat dan ijtihad di dalam perlaksanaan hukum-hukum am yang meliputinya

Price: RM 49.00

Related Books on Same Category

PJ-1976.jpg
Kematian Pasti Datang
PJ Ref : PJ-1976
RM 56.00
PJ-1973L.jpg
Ketetapan Seksa Kubur
PJ Ref : PJ-1973
RM 40.00
Detik Detik Kematian Jin
PJ Ref : PJ-1213
RM 12.90
PJ-1969.jpg
Para Pejuang Islam
PJ Ref : PJ-1969
RM 60.00