Wanita Dalam Al-Quran Dan As-Sunnah

image


Author : Siti Rabi'ah Sarnap
Pages : 121, Paperback,
Our Ref : PJ-0496
ISBN : 983-077-387-6

No votes yet
Wanita Dalam Al-Quran Dan As-Sunnah

Synopsis :

Kita tidak boleh lupa bahawa wanita mempunyai tugas yang mulia dan penting diamanahkan kepadanya oleh Allah SWT, iaitu melahirkan anak dan menjadi ibu. Seorang lelaki tidak dapat mengambilalih tugas paling mulia itu, yang mana amat dihina oleh sesetengah orang zaman ini. Lebih-lebih lagi, bangsa manusia dengan sendirinya akan hilang sekiranya tiada proses ini. Tambahan pula, ibulah yang menyusukan anak dengan air susunya, menjaganya, membesarkan anak itu sehingga tetap akan meninggalkan kesan yang mendalam ke atas jiwa anak itu sepanjang hayatnya.

Wanita juga merupakan permaisuri rumahtangga sudah menjadi tugasnya untuk memberi perhatian kepada keluarganya dan menyediakan rumahnya itu sebagai tempat kebahagiaan dan ketenangan; tugasnya itu adalah amat besar tanggungjawabnya dan sebuah missi yang mulia yang tidak boleh ditolak atau diperkecilkan walau dengan apa pun cara. Ciri-ciri, tugas dan hak-hak yang telah diperuntukkan Allah kepada wanita ini adalah seimbang dengan tugas-tugas mereka terhadap suami dan anak-anak. Tugas ini mestilah diberi keutamaan mengatasi lain-lain tanggungjawab kerana ianya perlu bagi kestabilan keluarga yang merupakan asas masyarakat dan punca ke arah kesatuan, kekuatan dan keberkesanan. Namun demikian, suami berhak membenarkan isterinya bekerja. Hak ini diatur melalui persetujuan di antara suami dan isteri. Hak seumpama itu tidak boleh diatur oleh undang-undang dan pihak yang berkuasa tidak harus campurtangan di dalam hal itu, melainkan kerana beberapa sebab tertentu.

Price: RM 6.90

Related Books on Same Category

Masalah Ibu Hamil Dan Bayi Anda
Masalah Ibu Hamil Dan Bayi Anda
PJ Ref : PJ-0619
RM 8.90
image
Wanita Di antara Syariat Dan...
PJ Ref : PJ-2236
RM 56.00
50 Pesan Rasulullah S.A.W
PJ Ref : PJ-1370
RM 42.00
Konsep Pembentukan Wanita, Isteri Dan Ibu Solehah
Konsep Pembentukan Wanita, Isteri...
PJ Ref : PJ-0447
RM 35.00