Asas-Asas Pembentukan Akhlak Mulia

image


Author : Fadhilah A. Alim & Mohammad A. Shahbudin
Pages : 652, Paperback
Our Ref : PJ-0503
ISBN : 983-077-479-1

Your rating: None Average: 2 (2 votes)
Asas-Asas Pembentukan Akhlak Mulia

Synopsis :

Gejala sosial, keruntuhan akhlak, pergaduhan dan pergeseran, krisis dan pertelingkahan, rasuah dan pecah amanah, tipu dan putar belit, pencemaran dan kotoran merata, pembunuhan dan buang bayi sering terjadi, dan berbagai lagi akhlak buruk dalam masyarakat telah berleluasa.

Individu-individunya pula sudah tidak berakhlak lagi pada dirinya sendiri, menyusahkan diri sendiri, menyalahgunakan dadah, merokok, berzina, onani, liwath, lesbian dan bergaul bebas, meminum arak, mendedahkan aurat, pemarah, pendera, melepak dan membuang masa, dan berbagai lagi bentuk-bentuk keburukan akhlak yang dibuat pada diri sendiri.

Sementara dengan Allah s.w.t., akhlak hamba ini lebih buruk lagi, sehingga ibadah-ibadah fardhu pun sudah dilalai dan dicuaikan, apatah lagi ibadah sunat, sudah tidak rasa diawasi oleh Allah s.w.t. lagi, langsung sudah tidak takut dengan Allah s.w.t., tidak redha dan sabar dengan takdir Allah s.w.t., bahkan sewenag-wenangnya melanggar larangan dan perintah Allah s.w.t.

Kemanakah akan berakhirnya keruntuhan akhlak ini? Golongan yang berakhlak mulia sudah menjadi golongan yang tersangat minoroti, boleh dikira dengan jari. Bilakah akan lahirnya individu dan masyarakat yang berakhlak mulia supaya kehidupan boleh aman? Apakah cara untuk mengubati keruntuhan akhlak dan bagaimana kaedah untuk menzahirkan kemuliaan akhlak? Buku ini, insya-Allah, boleh memberi faedah......

Price: RM 34.90

Related Books on Same Category

Himpunan Khutbah Jumaat 1-3 (hard-cover)
Himpunan Khutbah Jumaat 1-3 (hard-...
PJ Ref : PJ-0325
RM 46.00
Calon-Calon Ahli Syurga
PJ Ref : PJ-0653
RM 26.90
Himpunan Khutbah Jum'at Jil 2
Himpunan Khutbah Jum'at Jil 2
PJ Ref : PJ-0005
RM 10.90
Penamat Hidup Yang Menakutkan
Penamat Hidup Yang Menakutkan
PJ Ref : PJ-0856
RM 3.90