Timbangan Amal Dari Kamus Orang Soleh

image


Author : Siti Mariam Hj. Adam
Pages : 458, Hardcover
Our Ref : PJ-0246
ISBN : 983-077-268-3

No votes yet
Timbangan Amal Dari Kamus Orang Soleh

Synopsis :

TAKDIR adalah ketentuan dari Allah, kita mesti yakin dan terima bahawa setiap detik kehidupan kita Allah-lah yang menentukannya sama ada baik atau buruk, bahagia atau derita. Setiap langkah kita diperhatikan Allah. Setiap tuturkata kita disaksikan Allah, setiap tindak tanduk kita dilihat Allah malah setiap detik hati kecil kita sama ada baik mahupun buruk Allah Maha Mengetahui.

Yakinlah, setiap gerak geri kita di bawah pengawasan Allah. Kalau kita sedar bahawa setiap kali denyutan jantung dan hembusan nafas, sudah tentu kita malu untuk membelakangkan Allah dalam semua urusan. Allah-lah yang berhak mentadbir seluruh alam ini. Dan firman-Nya yang bermaksud :

" Dan kepunyaan Allah-lah apa yang ada di langit dan bumi, dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Kita sepatutnya malu pada Allah. Allah menjadikan kita dari setitis mani yang hina-dina, kotor, kemudian dimuliakan kita dengan mengurniakan akal fikiran kepada kita, supaya mahu berfikir tentang untung nasib diri dan mahu menyerah diri bulat-bulat pada Yang Maha Esa.
Janganlah kita termasuk ke dalam golongan hamba Allah yang lupa daratan, yang membuat kerosakkan dan yang membantah perintah-perintah-Nya sebagaiman firman Allah yang maksudnya :
" Dialah (Allah) telah menciptakan manusia dari setitis mani, tiba-tiba ia (manusia) menjadi pembantah yang nyata."

Price: RM 38.00

Related Books on Same Category

Menghindari Ghibah (Umpatan)
PJ Ref : PJ-1505
RM 2.50
Perkara-Perkara Yang Membatalkan...
PJ Ref : PJ-0931
RM 4.90
114 Nasihat Imam Shafie
PJ Ref : PJ-1410
RM 3.00
image
Seruan Dari Mimbar Islam
PJ Ref : PJ-2362
RM 49.00