Pedoman-Pedoman Bermazhab Dalam Islam

image


Author : Hafiz Firdaus Abdullah
Pages : 314, Paperback, Paperback
Our Ref : PJ-0615
ISBN : 983-077-687-5

Your rating: None Average: 3.7 (3 votes)
Pedoman-Pedoman Bermazhab Dalam Islam

Synopsis :

BUKU ini menghuraikan secara mendalam segala perkara dan persoalan yang berkaitan dengan mazhab-mazhab ahli sunnah yang empat, iaitu Mazhab Hanafi, Maliki, Shafie dan Hanbali, dari mula sejarah kelahirannya ia sehinggalah kepada persoalan-persoalan yang sering timbul di masa kini seperti memilih-milih mazhab atau bercampur-aduk dalam ikutan mazhab.Secara lebih luas ia juga membicarakan sebab-sebab perbezaan ajaran mazhab, sikap para imam mazhab menghadapi perbezaan sesama mereka, baik buruk bermazhab, dan pedoman serta teladan yang patut kita praktikkan dalam menghadapi perbezaan mazhab. Selain itu buku ini juga memberikan tumpuan khusus kepada usaha persatuan umat dan perukunan mereka, membuktikan bahawa ikutan mazhab seseorang itu tidak patut dijadikan alasan untuk berbeza atau berlainan dalam kehidupan sesama ikhwan, sesama umat.

Buku Pedoman -pedoman Bermazhab dalam Islam ini adalah sumber bacaan dan rujukan yang amat diperlukan oleh umat Islam masa kini dalam suasana mereka mencerna berbagai cabaran kehidupan dan zaman, samada yang berkaitan dengan agama ataupun dunia, samada di era ini atau yang akan datang. Buku ini insya-Allah dengan izin dan petunjuk Allah Subhanahu waTa'ala akan dapat meletakkan umat Islam dan mazhab-mazhab mereka kembali di landasan yang lurus lagi luas bagi membawa diri mereka ke arah kehidupan agama yang sebenar lagi syumul.

Price: RM 12.00

Related Books on Same Category

PJ-2039.jpg
Hukum Dan Adab Berjemaah Dalam...
PJ Ref : PJ-2039
RM 14.00
Jawapan Ahl Al-Sunnah Kepada Syi...
PJ Ref : PJ-1520
RM 26.00
Mencari Rahmat Allah Di Sebalik...
PJ Ref : PJ-1683
RM 5.00
image
Pesan-pesan Perkahwinan
PJ Ref : PJ-2638
RM 26.00