Siri Pahlawan Islam 9: KHALID AL-WALID

image


Author : Ummu Juwairiah
Pages : 24, Paperback
Our Ref : PJ-0644
ISBN : 983-077-768-5

No votes yet
Siri Pahlawan Islam 9: KHALID AL-WALID

Synopsis :

Buku ' PAHLAWAN ISLAM ' ini, mengenengahkan sebahagian daripada tokoh-tokoh pahlawan Islam terdahulu. Mereka berjuang deng penuh tekad dan sanggup berkorban jiwa raga demi mempertahankan maruah agama.

Peribadi mulia mereka wajarlah dicontohi oleh kita semua yang inginkan kedamaian, kemuliaan, keadilan dan kejayaan. Demi cinta yang murni kepada Ilahi, mereka melaksanakan tanggungjawab dan amanah suci dengan baik dan membanggakan.

Sifat-sifat seperti berani, bersemangat tinggi, sabar, tabah, sanggup berusaha dan berkorban nyawa demi agama perlulah dicontohi. Semua sifat-sifat mulia ini lahir dari hati yang penuh yakin dengan janji-janji dan jadual Allah.

Sebab itulah mereka gigih berjuang melawan tarikan nafsu dan dunia demi kemuliaan Islam. Mereka juga gigih berjuang melawan musuh di medan tempur demi keyakinan dan memburu syahid yang dijanjikan. Mereka menepati sepertimana yang dinobatkan 'Rahbanun fil lail, wa fursan fin nahar' ( menjadi abid di malam hari, menjadi singa di siang harinya ).

Mudah-mudahan buku ini dapat sedikit sebanyak menambat hati-hati kita untuk kembali berpegang kukuh kepada agama Allah ini. Hanya dengan hati yang suci dan keyakinan yang tinggi saja akan dapat membantu kita hidup dengan kemuliaan dan kebahagiaan.<

Price: RM 4.90

Related Books on Same Category

Siri Komik Tiga Sahabat: Tiga...
PJ Ref : PJ-0866
RM 2.50
Siri Pahlawan-Pahlawan Islam -...
PJ Ref : PJ-0817
RM 7.90
Asas Feqah Untuk Kanak-Kanak
Asas Feqah Untuk Kanak-Kanak
PJ Ref : PJ-0479
RM 9.90
image
Mari Berdoa (Ilustrasi Berwarna)
PJ Ref : PJ-2514
RM 15.90