Setiap pasangan suami isteri mahukan zuriat sebagai penerus kepada pengkongsian hidup. Mahukan hidup ini dimarahkan dengan sebaik-baiknya terhadap Allah dan sesama manusia.
Generasi penerus, merekalah zuriat kita tidak berupaya mengimarahkan hidup ini dengan kesuburan iman tanpa mendapat pendidikan yang kolektif dari ibu bapanya.
Lantaran itu, proses asuhan dan didikan terhadap mereka bermula si ibu dan bapa itu diakadnikahkan. Ini bererti pendidikan anak itu bermula dari ibu bapa diakadnikah, semasa melakukan jima’ tatacara hidup sehari-hari, ketika hamil ketika melahirkan dan seterusnya.
Oleh itu kesanggupan ibu bapa di dalam melahirkan zuriat yang cemerlang dan berpotensi terhadap dunia dan akhiratnya tiada henti-henti. Ia adalah berterusan membentuk dirinya sebagai suami soleh dan isteri solehah, ibu penyayang dan suami bertanggungjawab dan barulah kondisi dapat mempengaruhi zuriatnya sejak di alam rahimnya lagi.
Inilah sebahagian dari nota panduan sebagai sinopsis buku ini. Sebagai suami isteri yang bakal menimang cahaya mata maka buku ini amat sesuai untuk dijadikan panduan bersama.