SESUAI dengan tajuk asalnya, buku ini mengandungi pesan Nabi S.A.W. khususnya ditujukan kepada kaum wanita. Tentunya buku ini sangat penting bagi kaum wanita di mana pun jua, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang yang mana objek paling besar untuk memperolehi hedonis-sexual tertuju kepada kaum wanita.
HADIRNYA buku ini di tengah-tengah wacana perpustakaan kaum muslimin, diharapkan menjadi pegangan yang kuat. Dengan harapan kaum wanita - muslimin kita - tidak mudah terserat dan terperosok dalam jurang kenistaan yang terbungkus kenikmatan dan kesenangan.
GAMBARAN yang tercermin dalam buku ini cukup jelas dan terang. Garis-garis kasarnya telah disampaikan oleh Nabi. Hanya usaha kita : bagaimana pengembangannya agar mudah difahami secara logik. Kecintaan Nabi S.A.W. kepada umatnya terpapar jelas di sini sebagai peringatan yang harus direnungkan. Kehadiran wanita ditengah-tengah pergumulan dunia tiada bezanya bagaikan permata. Tetapi mereka salah menerapkan justeru akan melahirkan bencana