Perkahwinan & Persoalannya

image


Author : Hj. Abdul Rahman Sulaiman
Pages : 201, Paperback
Our Ref : PJ-0290
ISBN : 983-077-246-2

No votes yet
Perkahwinan & Persoalannya

Synopsis :

SUATU perkara yang paling penting dalam mengharungi alam perkahwinan adalah cinta dan kasih sayang. Tidak kiralah samada cinta dan kasih sayang itu wujud sebelum berkahwin atau selepas berkahwin, yang pentingnya cinta dan kasih sayang itu mesti wujud. Tanpanya tidak sempurnalah sesebuah rumahtangga yang dibina itu. Cinta dan kasih sayang adalah tali penghubung yang kuat bagi suatu perkahwinan yang diharapkan akan kekal bahagia untuk selama-lamanya. Perasaan unik yang lahir dari jiwa ini dapat membawa pasangan suami isteri masing-masing kepada kehidupan yang indah, sakinah, tenag dan tenteram hingga ke akhir hayat. Bahkan hingga ke alam kehidupan yang abadi di akhirat kelak, dalam syurga Jannatun Na'im.

Kehidupan suami isteri ibarat aur dan tebing. Saling bergantunggan dan saling menguatkan antara satu sama lain. Isteri memerlukan suami manakala suami pula memerlukan isteri. Apabila berlakunya proses perlu-memerlukan ini maka akan terjalinlah perhubungan yang mengikat keduanya dengan ikatan cinta dan kasih sayang.

Cinta dan kasih tidak akan tumbuh sendiri dengan sempurna, ia mesti disemai, disiram dan dipupuk. Hal ini mesti dilakukan bukan oleh satu pihak sahaja melainkan mesti oleh kedua belah pihak ( suami dan isteri ) dengan penuh kesungguhan dan saling mamahami dengan pengertian yang mendalam.

Firman Allah di dalam al Quran yang bermaksud :
" Antara tand-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan jadikan-Nya antaramu rasa cinta, kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." ( Ar Rum : 21 )

Price: RM 11.00

Related Books on Same Category

PJ-1090.jpg
Tinta Pengasuh
PJ Ref : PJ-1090
RM 12.90
Pembinaan Sistem Kekeluargaan Islam
PJ Ref : PJ-0899
RM 24.90
PJ-0515l.jpg
Bagaimana Menawan Hati Suami
PJ Ref : PJ-0515
RM 9.90
image
202 Pelajaran Berkenan Poligami
PJ Ref : PJ-2181
RM 20.00