Cara Perubatan Tradisional Petua Dari Nenek

image


Author : Muhammad Abdin
Pages : 82, Paperback ,
Our Ref : PJ-0957
ISBN : 983-170-337-5

Your rating: None Average: 4.6 (5 votes)
Cara Perubatan Tradisional Petua Dari Nenek

Synopsis :

Perubatan tradisional dan petua merupakan amalan yang sekian lamanya diamalkan oleh masyarakat Melayu.Berbagai cara dilakukan orang dalam menjaga dan memelihara diri dari bahaya penyakit.Mereka mengambil beberapa jenis bahan atau ramuan yang mampu dijadikan penawar bagi setiap penyakit.Begitu juga orang-orang Melayu di Nusantara sememangnya terkenal dengan keayuan dan kelembutannya.Orang-orang tua Melayu telah menurunkan berbagai ilmu atau petua kepada anak-anak mereka supaya mengekalkan keayuan dan kelembutan yang dikurniakan oleh Tuhan.

Dengan kesungguhan dan kebijaksanaan mereka mencipta pelbagai jenis perubatan yang mampu bersaing dengan perubatan moden.Sebahagian dari perubatan mereka dapat dikekalkan kepopularitiannya sehingga sekarang kerana berkualiti tinggi.Bahkan terdapat jenis-jenis ubat-ubat tradisional telah diperluaskan dan mendapat sambutan yang baik di pasaran seperti Minuman Tongkat Ali, kacip Fatimah, jeli Gamat, daun lidah buaya , madu,jus pegaga dan sebagainya.Banyak lagi ubat-ubat tradisional yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan masyarakat Melayu.

Tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian masyarakat Melayu kini kurang berminat untuk mengamalkan cara perubatan tradisional dan petua dari orang-orang tua dahulu.Ia disebabkan,perubatan cara tradisional dan petua tidak diperluaskan, tidak ada tarikan dan sukar diamalkan.Walau bagaimanapun, kita perlu mengekalkan salah satu warisan orang-orang Melayu ini kerana terdapat di dalamnya rahsia kehebatan dan keistimewaan.

Price: RM 7.90

Related Books on Same Category

image
Sains Moden Menurut Perspektif Al-...
PJ Ref : JC-2339
RM 75.00
Kesihatan Dari Segi Islam Dan Sains
Kesihatan Dari Segi Islam Dan Sains
PJ Ref : PJ-0793
RM 9.90
Bagaimana Menentang Ilmu Hitam
Bagaimana Menentang Ilmu Hitam
PJ Ref : PJ-0730
RM 9.90
Air Zamzam Penawar Segala Penyakit
Air Zamzam Penawar Segala Penyakit
PJ Ref : PJ-0808
RM 5.50