Langkau ke maklumat produk
1 daripada 1

Dosa-dosa Besar

Dosa-dosa Besar

AUTHOR : Ibnu Hajar

PJ-Ref.: PJ-1403

Harga biasa RM55.00 MYR
Harga biasa Harga jualan RM55.00 MYR
Jualan Habis dijual
Penghantaran dikira semasa pembayaran.

Kami tidak menutup kemungkinan bahawa buku-buku terjemahan yang bertema dosa-dosa besar seudah banyak beredar di pasaran. Yang perlu dicatatkan ialah bahawa buku-buku tersebut sebahagian besar mengambil fakta dari sumber yang sama iaitu kitab Zawaajir karya Ibnu Hajar ini.
Bagi kita umat Islam yang taat pada hukum-hukum Allah, kitan ibi dapat dijadikan sumber dan pegangan untuk mengawal setiap langkah hidup yang akan kita lalui. Betapa luas dan banyak hal-hal yang menjadi penyebab dosa besar. Sedemikian dan luasnya perkara yang masuk dalam kategori dosa besar, sehingga kita kurang atau lansung tidak menyedari bahawa apa yang kita lakukan telah memasuki kategori dosa besar tersebut.
Kitab ini disusun berikut:
i.Mukadimah yang berisi definasi dosa besar yang dilakukan manusia, penyebutan dosa besar serta akibatnya.
ii.Kandungan yang terdiri dari dua bab:
A.Bab pertama tentang dosa besar dan perkara-perkara yang menyertainya yang tidak berkaitan secara khusus dengan bab fiqah.
B.Bab kedua tentang dosa besar (lahiriah). Bab ini disusun menurut bab fiqah, mazhab syaf'i. DEmikian ini untuk memudahkan analisis masalah, dimulai dari yang paling buruk, seterusnya hingga yang paling ringan.
iii. Penutup. Bahagian ini berisi keutamaan taubat dan syarat-syaratnya serta hal-hal yang berkaitan dengan taubat. Juga disebutkan tentang neraka dan pelbagai macam seksa yang pedih. Di samping itu, diketengahkan tentang syurga dan segala kenikmatan di dalamnya untuk menjadi pendorong menjauhi dosa besar yang menjerumuskan pelakunya ke dalam neraka. Dengan menjauhinya akan memperoleh kebahagiaan dan keredhaan yang agung dari Allah SWT.

penghantaran

Sila berikan masa 7 hari bekerja untuk barang dihantar. Barangan anda mungkin dihantar lebih awal.

Pemulangan / Pemulangan

Kami tidak menerima sebarang pertukaran atau pemulangan barang yang dijual. Semua barang diperiksa untuk kerosakan sebelum dipos.

Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan item anda, sila hubungi kami.

Untuk buku yang tersalah cetak atau cacat, sila hantarkan gambar buku tersebut kepada kami. Kami akan menghantar buku ganti.

Lihat butiran penuh